BlogList Malaysia

Selatan Online

Mahasiswa Maut Sebelum Konvokesyen

Posted by Unknown on 12 Oktober 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Oleh:
Nusaybah Kaab & Haris al-Selanjuri


SKUDAI, 12 Oktober - Hasrat seorang mahasiswa untuk menghadiri konvokesyen Isnin depan tidak kesampaian apabila terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya Subuh pagi tadi.

Muhammad Ridzuan bin Mohd Abd Manan Shawaludin, 21, bekas mahasiswa UTM International Campus dilaporkan maut apabila motorsikal yang ditunggangnya terbabit dalam nahas kemalangan yang membabitkan 2 buah kereta di persimpangan jalan ke Taman Desa Skudai dan jalan mengarah ke Pontian.

Ridzuan yang bakal mengambil sijil Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) dijadualkan untuk menghadiri konvokesyen pada 15 Oktober 2012. Dimaklumkan bahawa keluarga arwah masih belum sampai, dan menurut sumber yang dipercayai, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Amniah untuk urusan bedah siasat.

TAWARAN HEBAT: Siswa Siswi Boleh Miliki Kereta Viva dan Myvi

Posted by Unknown on 11 Oktober 2012 | 2 komen pembaca | Leave a comment...

Oleh: Ummu Zahra


Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang juga syarikat pengeluar kereta nasional kedua telah membuka satu tawaran istimewa untuk pelajar tahun akhir Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta.

“Tawaran ini adalah inisiatif PERODUA untuk memberi peluang kepada kumpulan pelajar tahun akhir memiliki kenderaan sendiri tanpa bayaran pendahuluan”, kata Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Tawaran ini diberikan menerusi Program Pemilikan Kereta terbarunya iaitu ‘What’s Up Graduate’.

Pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta kini berpeluang membeli kereta keluaran PERODUA dengan bayaran serendah RM 299 sebulan.

“Tawaran ini terbuka untuk semua model PERODUA Viva dan Myvi yang bermula semalam (10 Oktober 2012) dan akan berakhir 31 Mac 2013.

“Pelajar hanya perlu menunjukkan kad pelajar dan membawa seorang penjamin bagi memohon tawaran berkenaan ketika melaksanakan urusan jual beli kenderaan di semua cawangan PERODUA.

“Program ini ditawarkan kepada pelajar tahun akhir hanya untuk tempoh bayaran bulanan bagi tahun pertama saja, sebab mereka ini bakal memasuki alam pekerjaan sementara gaji pula masih kecil.

“Selepas tahun pertama, bayaran bagi tempoh seterusnya akan beransur-ansur meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah habis tempoh pinjaman, sejajar dengan kenaikan gaji mereka,” tambah Datuk Aminar Rashid Salleh ketika berucap pada Majlis Perasmian Expoconvo 2012 Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, semalam.

Selain itu, pelajar-pelajar turut akan menerima Perlindungan Insurans Kemalangan yang bernilai RM20,000 secara percuma di samping diskaun 50 peratus bagi servis di semua Pusat Servis PERODUA di seluruh negara.

Pentadbiran Universiti Terus ‘Buat Onar’!

Posted by Unknown on 4 April 2012 | 0 komen pembaca | Leave a comment...


BATU PAHAT : Tiga mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang terlibat dalam rakaman sebuah video yang dipaparkan di youtube: http://www.youtube.com/watch?v=WsVxwjdubEM telah dipanggil Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti terbabit.

Video berkenaan yang memaparkan mengenai bantahan mahasiswa UTHM terhadap satu kempen politik melalui program universiti itu ternyata membuatkan ramai mahasiswa terutama barisan aktivis Pro-Mahasiswa universiti berkenaan keliru dan tertanya-tanya.

Menurut sumber, ketiga-tiga mahasiswa yang terlibat dalam video itu pada awalnya diminta hadir untuk memberi keterangan berhubung video berkenaan.

Namun, apabila mereka hadir untuk memberi keterangan, lain pula kisahnya yang terjadi selepas itu.
Kesemua mereka diberitakan telah dituduh melakukan kesalahan kerana melanggar prosedur dan memalukan nama universiti melalui paparan video berkenaan
Tiga siswa yang telah dipanggil Bahagian HEP UTHM

“Pihak terbabit (yang dibantah mahasiswa) dijemput tetapi dalam program, dia pula memanipulasi program universiti demi kepentingan parti politik mereka.”, jelas kenyataan terbabit.

“Kemudian rakan kami yang membantah keadaan tidak profesional terbabit pula dituduh bersalah.”
“Ini jelas menunjukkan sikap kurang matang pihak universiti yang terang-terangan ingin menutup kesalahan pihak yang berkepentingan.

Menurut sumber, satu program bertarikh 18 November 2011 telah dihadiri Dato Haji Ahmad Maslan (Ketua Penerangan UMNO).

Program yang berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII) itu dimaklumkan mempunyai kaitan dengan Program International Youth Day (UNIESCO) yang sepatutnya bermanfaat kepada mahasiswa, tetapi bertukar sebaliknya setelah kehadiran Dato Maslan.Malahan dua kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Tun Fatimah dan Tun Dr. Ismail di paksa untuk hadir dengan menutup lampu mereka. Ini melanggari hak sebagai seorang Mahasiswa ,dipaksa serta merta tanpa ada sebarang notis dan pemberitahuan awal.

UMNO doktrin mahasiswa UTHM

Datuk Ahmad Maslan

“Pihak universiti sepatutnya sependirian dengan mahasiswa dengan membantah unsur-unsur prejudis perkauman yang dibawa oleh Dato Haji Ahmad Maslan selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Mahasiswa sekeras-kerasnya membantah sebarang agenda politik kepartian dibawa masuk ke dalam universiti oleh mana-mana individu atau parti sama ada melalui program universiti atau sebagainya.

“Kami sangat-sangat kecewa dengan keadaan ini.

“Disebabkan ingin menjaga periuk nasi sendiri, mahasiswa pula yang menjadi mangsa kezaliman.”



Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini