Bengkel Penulisan Pemuda PAS Johor Berjaya
Posted by Unknown on 4 Oktober 2011 | 0 komen pembaca
SIMPANG RENGGAM, 3 Oktober 2011: Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah berjaya menganjurkan ‘Bengkel Penulisan’ di Markas PAS Simpang Renggam semalam. Program yang dianjurkan buat pertama kalinya tahun ini telah berjaya menghimpunkan lebih 20 orang penulis-penulis baru dan muda dari PAS dan Pakatan Rakyat sekitar negeri Johor.
Bengkel penulisan yang bermula sekitar jam 8.30 pagi ini telah disampaikan oleh 3 orang penulis terkenal tanahair iaitu Saudara Dinsman, Saudara Hasni Abas dan Saudara Kassim Muhammad.
“Bengkel penulisan ini merupakan satu langkah untuk melahirkan penulis-penulis baru dan muda dari PAS dan Pakatan Rakyat supaya penulisan yang dihasilkan lebih kemas dan mudah sampai kepada masyarakat”, jelas Saudara Amni Jagat selaku pengarah program bengkel penulisan ini.
Sementara itu, peserta program telah diajar berkenaan teknik menulis bermula dengan penerangan berkenaan ‘gaya bahasa’ yang disampaikan oleh Saudara Hasni Abas yang juga merupakan aktivis PAKSI dan penulis Malaysian Insider.
Sesi kedua bengkel ini dikendalikan oleh Saudara Kassim Muhammad yang juga merupakan penulis blog terkenal dengan panggilan ‘Barajiwa’ yang lebih memfokuskan kepada praktikal menulis. Saudara Dinsman pula banyak memfokuskan berkenaan etika seorang penulis.
Bengkel berakhir dengan pembentangan dua media baru di Johor iaitu Selatan Online dan Nusajaya Kini kepada peserta-peserta bengkel sebagai medium untuk mereka menyalurkan berita semasa di negeri Johor.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Bengkel Penulisan Pemuda PAS Johor Berjaya"
Leave a reply