BlogList Malaysia

Selatan Online

2 Potensi Untuk Menangi Hati Rakyat JOHOR

Posted by Unknown on 21 Disember 2011 | 0 komen pembaca


NUSAJAYA, 21 Disember 2011 - "UMNO (adalah) parti politik. Ia barang yang boleh ditukar ganti,” demikian penegasan yang dibuat oleh Tn. Hj. Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS.

Katanya lagi, JOHOR yang sinonim dengan jolokan ‘Darul UMNO’ boleh memberi kejutan dalam Pilihan raya Umum (PRU) Ke-13 jika para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) negeri ini memanfaatkan formula yang telah dikenal-pasti.

Beliau secara tegas menyatakan bahawa adalah suatu perkara yang tidak mustahil boleh berlaku setelah dengan persepsi atau tanggapan politik rakyat negeri ini berjaya diurus dengan cara yang betul.

Katanya lagi, dengan sogokan ‘hanya UMNO sahaja yang boleh perintah’ merupakan senjata yang digunakan supaya kerajaan BN boleh kekal selamanya merupakan dakyah yang karut lagi mengarutkan.

Sehubungan itu, mentaliti seperti itu harus dibuang dan diganti dengan melakukan perbandingan lain di negeri yang di menangi PR bagi mengimbangi kebobrokan BN supaya tidak terus menyongsangkan pemikiran rakyat terutamanya orang Melayu di negeri ini.

”Dasar perjuangan perkara yang sukar nak ubah. Contoh persepsi dalam politik, tanggapan ini didoktrinkan bertahun-tahun.

”Begitu diletak dalam pemikiran rakyat, yang boleh perintah UMNO. Kalau tak ada, siapa nak perintah? Ada pembangunan UMNO tak ada UMNO, tak ada pembangunan. Kalau tak ada UMNO siapa nak jaga Melayu.

”Ini tanggapan yang orang Melayu terpaksa sayang kepada UMNO sebab persepsi ini ada dalam fikiran rakyat. Mereka tak tengok parti lain tapi semua UMNO. Oleh itu, UMNO adalah segalan-galanya.

”Di abad ini, UMNO kalah terutama di Kelantan sudah 20 tahun. (tapi) pembangunan ada. Orang Melayu ok. Huru-hara berlaku? Ertinya tak ada UMNO, Melayu ada. Pembangunan ada,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada satu majlis Ceramah Umum baru-baru ini.

Dalam pada itu, ujarnya lagi bagi membuang persepsi buruk kaum Cina kepada PAS maka bukti kejayaan pemerintahan Tuan Guru Hj. Nik Aziz Nik Mat di Kelantan boleh diketengahkan.

Hal ini, kerana katanya supaya dapat memecahkan tembok kebimbangan bukan Islam setelah melihatkan aktiviti keagamaan dan kebudayaan mereka tidak disekat seperti yang didakwa.

”Orang bukan Islam ditanam, kalau PAS perintah habis ‘awang liku’ dipotong. Budaya (mereka) tak boleh diamalkan. Ini kebimbangan yang ada. Ini yang diberitahu mereka.

”PAS parti tak boleh bertolak ansur? Ini pendapat umum orang Cina. Sekali lagi (berjaya) perintah Kelantan, berapa ‘awang liku’ yang kena potong? Bahkan kebudayaan mereka boleh diamalkan.

”Ertinya perubahan berlaku, rakyat lihat dari kepala mata. Lisanul hal. Pembaharuan ini sebab yang perintah PR di Malaysia,” jelasnya lagi.

Sementara itu, tegasnya lagi menjelang PRU 2008 yang lalu, rakyat mahukan perubahan. Sebaliknya orang Melayu pula tidak menunjukkan tanda ke arah itu.

Namun kejayaan menumbangkan Barisan Nasional (BN) ujarnya telah diperolehi dengan cara pengamalan sistem dua parti dalam negara ini.

”Bahkan kalau nak buat perubahan tak dapat kita rayu, lawan BN 1-1. Rupanya BN tak kuat mana. Hilang 5 negeri. Pergantungan BN hanya kepada Sabah, Serawak dan Johor. Ini keputusan 2008.

”Kelantan sudah 21 tahun. Ertinya nak ambil balik dengan pelbagai cara. Tuduh macam-macam. Tok guru tak pandai perintah.

”Dia letak Kuli anak raja. Pak sedara Sultan. Dia jadi Pengerusi Perhubungan negeri. Lawan punya lawan kalah. Lebih baik sokong Tok Guru seperti royalti minyak. Ini nak ambik kelantan, ambil anak muda Anuar Musa lawan. Lagi teruk. Lebih baik jaga bola.
Kali ini, tak boleh langsung. Mustafa Mohammad. BN tak ada harapan ambil Kelantan,”

Sumber : ibn_bacoks

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "2 Potensi Untuk Menangi Hati Rakyat JOHOR"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini