BlogList Malaysia

Selatan Online

Bina Semula Papan Tanda : Simbolik Kepada Angkara Khianat

Posted by Unknown on 29 Disember 2011 | 0 komen pembaca


PONTIAN, 28 Disember 2011 - PAS Dun Benut mengambil pendekatan pro aktif dengan tidak melatah berikutan papan tanda pada salah sebuah cawangan PAS di Kampung Permatang Duku, Benut telah disabotaj pihak tertentu beberapa bulan lalu, kata Sdr. Saiful Amri A. Suloh, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian.

Sebaliknya, sebagai sebuah parti yang berpengalaman menghadapi provokasi pihak lawan ujarnya ternyata tidak memberi kesan sedikitpun dengan permainan kotor dan tindakan tidak bertamadun seperti itu.

Malah, pihaknya bersama ahli cawangan lain telah membinanya semula dan telah didirikan bersebelahan papan tanda yang telah disabotaj dengan harapan orang yang lalu lalang di kawasan tersebut boleh menilai baik dan buruk daripada perbuatan sebegitu.


"Singboard Pas Cawangan yang baru dinaikkan semalam. Singboard di bawah telah dicat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Semua politik budaya mafia mereka telah buat di Parlimen Pontian langsung tiada (beri) kesan kepada kami. Kami (akan) terus fokus (kerja-kerja) bagi menumbangkan kezaliman BN," terangnya dalam satu kenyataan semalam.


Menurutnya lagi, perbuatan khianat itu dipercayai dilakukan sebagai tindakan balas terhadap PAS yang berjaya menubuhkan dua buah cawangan baru iaitu di Kampung Permatang Duku dan Parit Betak pada awal bulan ogos yang lalu.


Tambahan pula dengan kehadiran Ir. Nizar Jamaluddin, mantan Menteri Besar Perak beberapa bulan dari penubuhan rasmi cawangan itu semakin memberi tamparan hebat menyebabkan pihak tersebut menjadi gelabah sehingga mencetuskan perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku dalam negara ini.


"Waktu Ir. Nizar datang, sekali lagi mereka buat sabotaj dengan gantung kain rentang provoke supaya majlis tersebut tidak mendapat sambutan," katanya lagi.

Untuk rekod, Kampung Permatang Duku adalah pemenang Kampung Tercantik peringkat kebangsaan dan menjadi kebanggaan kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Semalam, acara mendirikan papan tanda baru telah dilakukan dengan dihadiri Hj. Ahmadi Arjoh, Ketua Cawangan PAS Kampung Permatang Duku, Sdr. Mohd. Rosdi Mohd. Noh, Ketua Pemuda PAS Cawangan Kampung Permatang Duku dan sebahagian besar ahli cawangan tersebut.

Sumber : Selatan Online

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Bina Semula Papan Tanda : Simbolik Kepada Angkara Khianat"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini