BlogList Malaysia

Selatan Online

DHPP Negeri Johor Ikrar Pastikan PAS dan PR Tawan Johor

Posted by Unknown on 26 Disember 2011 | 0 komen pembaca


KANGKAR PULAI, 26 dis 2011: Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Johor, Cikgu Nadarajan dalam ucapan beliau semasa sesi dialog bersama masyarakat bukan Islam telah menyatakan ikrar untuk memastikan PAS dan PR berjaya menumbangkan BN pada PRU-13 nanti. Beliau turut menyatakan bahawa seluruh jentera DHPP sudah digerakkan untuk merealisasikan impian melihat Johor bebas dari sebuah kerajaan yang zalim dan menindas rakat tercapai.

"Untuk menumbangkan BN ada PRU-13 akan datang, DHPP akan membuat beberapa program penerangan kepada masyarakat bukan Islam untuk menerangkan beberapa isu-isu penting PAS seperti isu hudud", ujar beliau lagi.

Turut hadir dalam sesi dialog tersebut adalah YB Dr. Mujahid Yusof Rawa selaku Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat. Menurut beliau, kejayaan yang paling membanggakan kepada PAS sepanjang 60 tahun ini adalah dengan penubuhan DHPP yang sebelumnya dikenali sebagai Kelab Penyokong PAS sebelum diaangkat menjadi sayap parti.

Menurut YB Dr. Mujahid lagi, PAS amat menghargai penubuhan DHPP ini dan menghargai pengorbanan mereka dalam membantu kemenangan PAS. Slogan 'PAS for all' juga ujarnya terbit dari cetusan DHPP untuk memastikan PAS diterima oleh semua kaum.

Sesi dialog yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Gelang Patah dan Dewan Muslimat PAS Johor ini dihadiri masyarakat bukan Islam. Sesi dialog diadakan bersama mereka bagi menjawab beberapa isu seperti isu negara berkebajikan dan isu kouta kaum didalam perkhidmatan awam. Program ini turut dihadir oleh Pn Mastura Mohammad dan Mazlan Aliman

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "DHPP Negeri Johor Ikrar Pastikan PAS dan PR Tawan Johor"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini