BlogList Malaysia

Selatan Online

Orang Asli Mahu Tubuh Cawangan PAS

Posted by Unknown on 18 Disember 2011 | 0 komen pembaca


 Oleh: Ibnu_Bacoks


PONTIAN,18 Dis 2011: Walaupun komuniti ini dianggap Jauh daripada kemajuan. Tinggal pula di ceruk pendalaman. Pencarian nafkah kebanyakannya adalah sebagai nelayan, rupa-rupanya jauh di sudut hati mereka ada yang dahagakan perubahan.

Tidak kurang pula ada yang telah menyatakan sebagai penyokong. Malah apa yang membanggakan, ada yang mempunyai pengetahuan sangat mendalam tentang PAS dan isu semasa.

Perkara ini dapat dikongsi bersama  apabila beberapa orang anak muda orang Asal Benut yang ditemui telah menyatakan kesediaan dan bercita-cita ingin menubuhkan sebuah cawangan PAS di kampung mereka.

Bagi seorang nelayan, Jefri, 27, berkata beliau amat berterima kasih dengan kunjungan daripada PAS Dun Benut yang bertujuan merapatkan silaturrahim dan memberi penerangan bagaimana undi bagi masyarakatnya itu sama nilainya dengan yang lain.

Oleh itu, katanya lagi hasrat ingin menubuhkan cawangan sudah lama dipendam lebih-lebih lagi dengan kehadiran rombongan tersebut semakin memberi suntikan semangat ke arah itu.

”Harapan nak tubuhkan satu cawangan (PAS) di Kampung Baru ini insya-Allah,” ujarnya lagi.

Sementara itu, rakannya pula Mohd. Arif Ismail, 22, pekerja Operator Pengeluaran berkata pemerintah bagi sebuah negara Islam seharusnya menitik-beratkan soal perintah Allah. Tapi apa yang mendukacitakannya apabila tiba waktu sembahyang, kepekaan ke arah itu tidak berlaku kepada pihak pengurusan tempatnya bekerja.

”Saya kenal PAS (sejak) dari belajar (tentang) Islam. Saya kerja kilang contoh dari segi pakaian. Waktu kerja nak solat susah. (katanya) Negara Islam. Kena titik beratkan itu (solat). Tapi kecewa solat tak dipentingkan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, sebahagian masyarakat orang Asal telah diraikan oleh PAS Dun Benut pada program XPDC Dakwah di kampung Baru, Parit Lapis Sayang, Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Pada majlis yang sama juga, Ustaz Atan Gombang, Pengelola Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut telah menyampaikan sumbangan kebajikan berupa barang keperluan harian kepada 6 keluarga yang terdiri daripada Ibu tunggal dan anak yatim.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Orang Asli Mahu Tubuh Cawangan PAS"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini