BlogList Malaysia

Selatan Online

Tol lebuh raya EDL punca ekonomi JB merosot

Posted by Unknown on 30 Disember 2011 | 0 komen pembaca


JOHOR BAHRU, 29 DISEMBER 2011 - KEADILAN Johor menentang cadangan kadar tol Lebuh Raya Penyuraian Timur Johor Bahru (EDL) sebanyak RM9.10 sehala oleh pemilik konsesi, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPRN) Johor, Steven Chong berkata, ia memberi kesan kepada ekonomi Johor Bahru (JB).

"Paling terkesan ialah pendapatan pemandu teksi Johor Bahru-Singapura yang akan merosot teruk. Begitu juga pekerja Malaysia yang menetap di JB berulang alik setiap hari bekerja di Singapura.

"Kadar tol ini menjadi punca kerana kos minima bagi sebuah kereta bagi perjalanan pergi balik adalah sebanyak RM18.20," kata Steven kepada Suara Keadilan.

EDL dibina dengan kos RM977 juta sepanjang 8.1 km dari Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) bersambung ke Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) melalui susur keluar Pandan. Pembinaannya bermula Februari 2008 dan dijangka beroperasi pada Februari 2012.

Steven turut mempersoalkan pemegangan konsesi selama 34 tahun yang tidak munasabah oleh MRCB. Syarikat itu bakal menerima perolehan berjumlah RM5.647 bilion, sedangkan kos pembinaannya hanya RM1 bilion.

"Jika kita ambil RM9.10 bagi sebuah kereta dengan lebih kurang 50,000 kenderaan masuk keluar setiap hari, ini bermakna kutipan tol sehari ialah RM455,000. Dalam sebulan, RM13.8 juta dan setahun RM166 juta.

"Jumlah kutipan ini tidak termasuk yang dikenakan kepada motosikal, bas, lori dan kenderaan industri lain. Apa yang membimbangkan, kadar tol ini akan dikaji semula setiap tiga tahun untuk dinaikkan. MRCB tak cukup untungkah?," soal Steven.

"Setiap kali kajian semula kadar tol, dijangkakan peningkatannya sehingga 150 peratus. Pengguna dan penduduk Malaysia yang bekerja di Singapura tiada pilihan lain selain melalui jalan ini.

"Sedangkan belanja kos pembinaan EDL boleh diperolehi kembali hanya selepas tahun keenam lebuh raya ini beroperasi. Justeru, rakyat Johor membantah rancangan MRCB ini," tegas Steven.

Sumber : Selatan Online

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Tol lebuh raya EDL punca ekonomi JB merosot"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini