BlogList Malaysia

Selatan Online

Air Najis Melimpah, MBJB Digesa Beri Penjelasan

Posted by Unknown on 30 Januari 2012 | 0 komen pembaca


PASIR GUDANG, 30 Januari 2012 – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) digesa memberikan penjelasan berhubung satu masalah yang dihadapi para penghuni sebuah Flet di Taman Rinting, dekat sini.

Perkara ini disuarakan oleh Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Permas, Syed Othman Syed Abdullah bahawa pihaknya amat prihatin pada permasalahan penduduk dan akan menjadi orang tengah bagi menyuarakan isu itu kepada pihak berwajib.

Malah desakan daripada pihaknya dibuat agar MBJB menyelesaikan isu ini kerana ia melibatkan kesihatan penduduk ekoran limpahan air najis memenuhi ruang di hadapan kediaman mereka.

”Setakat ini lima pengadu berjumpa saya mengenai masalah kumbahan yang tidak diselesaikan sejak lebih tiga bulan lepas sehingga terpaksa mengambil inisiatif sendiri menjolok saluran utama yang tersumbat.

”Kita juga akan menghantar surat kepada pihak Biro Pengaduan Awam untuk memastikan masalah itu dapat diselesaikan segera.

”Kita rayu pihak bertanggung jawab turun padang melihat kepayahan yang dihadapi di kawasan ini dan mencari jalan penyelesaian agar masalah ini tidak terus dibiarkan berlarutan,” jelas ahli jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Johor itu yang dipetik akhbar Sinar Harian.

Semalam, 29 Januari, akhbar itu melaporkan seramai 15 keluarga dari Flet Jalan Ketapang Taman Rinting, di sini hidup dalam tekanan apabila saluran kumbahan tersumbat sehingga melimpah ke atas permukaan berhampiran penduduk.

Kesusahan yang mereka alami telah menyebabkan keadaan tidak selesa antaranya seperti menghidu bau busuk dan masalah lalat yang terpaksa dihadapi sejak 3 bulan lepas.

Rata-rata penduduk memohon kerjasama daripada pihak bertanggung jawab untuk mencari jalan penyelesaian.

Sumber : Ibn_bacoks

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Air Najis Melimpah, MBJB Digesa Beri Penjelasan"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini