Peranan Guru dalam PAS Amat Besar - Cikgu Mala
Posted by Unknown on 28 Januari 2012 | 0 komen pembaca
LABIS, 27 Januari 2012 – “SEKIRANYA tenaga mereka dapat digarap dengan tanzim yang tersusun, ianya mampu memberikan kesan yang amat besar dalam gerakan dakwah dan politik yang diperjuangkan PAS selama ini,” kata Pn. Normala Sudirman Pengerusi Hal Ehwal Parlimen & Dun, Dewan Muslimat PAS Negeri Johor.
Katanya lagi, satu program yang dijadualkan pada Ahad 29 Januari ini dekat Markas PAS Pt. Pechah Muar yang diberi nama Himpunan Generasi Bermaruah Zon Selatan dipertaruhkan bagi memikat golongan guru hadir untuk mengetahui lebih jelas peranan mereka kepada masyarakat.
Memetik kenyataannya di Harakahdaily hari ini, beliau yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pemanis berkata warga pendidik memainkan peranan sangat penting dalam menggerakkan aktiviti bersifat kemasyarakatan.
Golongan ini juga sangat dekat dengan masyarakat dan sangat dihormati justeru peranan yang disumbangkan dalam membentuk masyarakat selama ini.
Ujarnya, penyertaan adalah terbuka kepada pendidik di semua institusi pendidikan dalam negara ini dan dijangka menarik lebih 1000 orang untuk hadir pada program itu.
“Sasaran pertama kepada Guru yang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kedua guru yang berkhidmat dengan Sekolah Agama Rakyat dan Swasta. Ketiga, guru – guru yang berkhidmat di sekolah yang dimiliki /ditadbir oleh NGO. Keempat, guru PASTI,Guru dari Pusat Tahfiz Al- Quran dan Guru KAFA.
“Kelima, Pesara professional pendidikan @ Pesara Guru.Keenam, Aktivis Pendidikan,” katanya di laman sosial facebook.
Program yang bertemakan ‘Bangkit Guru Untuk Rakyat’ ini akan diserikan dengan pelbagai kertas kerja yang akan dibentangkan oleh tokoh pendidik dari PAS.
Selain itu, Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN) Muar dijadualkan akan dilancarkan oleh Dato` Dr Mahfodz Muhammed, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor.
Turut terlibat adalah Datuk Abu Bakar Bin Chik, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat dan Dr. Halimah Bin Mohd Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.
Pada sebelah malamnya pula akan diadakan pidato perdana dan ceramah sempena perhimpunan guru ini.
Antara penceramahnya adalah Dr Mahfodz, Datuk Adnan Bin Ibrahim (Bekas Pengarah Pelajaran Negeri Perak) dan Cikgu Normala sendiri.
Sumber : Ibn_bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Peranan Guru dalam PAS Amat Besar - Cikgu Mala"
Leave a reply