BlogList Malaysia

Selatan Online

BN Kota Tinggi Bercerai

Posted by Unknown on 26 Mac 2012 | 0 komen pembaca


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Anak Pengerang, Tuan Hj. Kasran Abdullah yang juga bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sg. Rengit dan seluruh jawatakuasa menyangkal penyataan Dato' Azalina bt Dato Othman Said yang menyatakan bahawa tiada penduduk tempatan yang menyertai perhimpunan aman menolak projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia dan Penapisan Petronas (Rapid).

Dianggarkan 96% daripada 200 peserta terbabit adalah penduduk setempat yang melibatkan tujuh buah kampung di sekitar Tanjung Kapal yang bakal dipindahkan akibat desakan dari pembinaan projek terbabit.

Menurut salah seorang ahli Jawatankuasa Bertindak Anak Pengerang, Abdul Razak Bin Abdul Kadir yang juga seorang peniaga di Kg. Jawa ketika dihubungi menyatakan bahawa agenda dan perhimpunan terbabit mendapat sokongan MCA serta Pakatan Rakyat dalam memastikan kebajikan penduduk tempatan dan yang terlibat dijamin.

Asas perjuangan Jawatankuasa Bertidak Anak Pengerang adalah membela penduduk tempatan dari pelbagai sudut. Mereka tidak sama sekali menolak pembangunan mahupun projek yang hendak dijalankan, tetapi ingin mendesak kerajaan untuk memindahkan tapak projek tersebut ke Sg. Lebam berdekatan Tg. Langsat kerana di sana kepadatan penduduk adalah rendah.

Tambahan pula, penduduk asal di perkampungan Melayu rata-ratanya adalah pekebun dan peladang dan secara konsisten mendapat pulangan yang baik dalam bidang pertanian. Mereka akan menghadapi risiko terputus mata pencarian sekiranya dipindahkan walaupun diberikan pampasan yang tidak seberapa.

Penambakan laut yang giat dijalankan sehingga kini telah menyebabkan kepupusan ikan di kawasan Pengerang dan kawasan sekitarnya. Aktiviti ekonomi masyarakat kampung di sana terjejas teruk lantaran kebanyakan masyarakat kampung tersebut adalah nelayan pesisir pantai.

Protes tersebut akhirnya mendapat tindak balas dari Dato' Azalina melalui Jawatankuasa UMNO Bahagian Pengerang dan MIC dengan penganjuran sebuah lagi perhimpunan aman pada 22 Mac yang menyokong penuh tindakan kerajaan dalam projek tersebut.

Ironinya, peserta yang menyertai perhimpunan tersebut terbukti bukannya penduduk tempatan atau sekitar Sg. Kapal Pengerang, tetapi dibawa khas dari beberapa buah Felda tidak lebih sebagai tukang pemegang sepanduk dan tukang sorak.

Pada awalnya, mereka sebenarnya tidak diberitahu tujuan sebenar mengapa mereka dibawa ke tapak projek terbabit dan hanya dikhabarkan akan menyertai program anjuran UMNO.

Menurut penduduk setempat lagi, kes Barisan Nasional Kota Tinggi bercerai bukan sahaja dikalangan parti komponen yang terlibat seperti UMNO, MIC dan MCA sahaja, malahan dikatakan Dato’ Azalina sebagai Ahli Parlimen Pengerang sangat bermusuhan dengan Ketua UMNO Bahagian Pengerang merangkap ADUN Tanjung Surat, YB Datuk Hj. Harun Abdullah.





Pautan lain:


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "BN Kota Tinggi Bercerai"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini