BlogList Malaysia

Selatan Online

'Saya pun takut gali balik kubur ini'

Posted by Unknown on 30 Mac 2012 | 0 komen pembaca


JOHOR BAHRU,30 MAC 2012 - Sekumpulan masyarakat Orang Asli Seletar Johor mendesak kerajaan negeri supaya mewartakan sebidang tanah yang dijadikan kawasan perkuburan di Kampung Bakar Batu dekat Johor Bahru, sebagai kawasan rizab Orang Asli.

Jurucakap Jaringan Masyarakat Orang Asli Seletar Johor, Eddy Salim mendakwa sebahagian tanah perkuburan itu yang diratakan dengan jentolak – untuk pembangunan Wilayah Iskandar – menimbulkan kemarahan masyarakat.

Katanya, tanah itu menjadi tempat pengebumian dari lima lagi perkampungan Orang Asli sekitar, termasuk Kampung Sungai Temon, Kampung Simpang Arang, Kampung Telok Jawa, Kampung Pasir Putih dan Kampung Sungai Tiram.

"Kami mahu ia diwartakan sebagai tanah perkuburan, termasuk tanah adat Orang Asli. Kalau tidak diwartakan, (tulang mayat) nak tanam kat mana?” tegasnya yang ditemui di kawasan perkuburan itu.

Apatah lagi, Eddy menegaskan berdasarkan adat dan amalan, masyarakat mereka yang juga dikenali sebagai Orang Asli Laut tidak pernah membongkar kembali kubur untuk dipindahkan.

"Tidak pernah dalam sejarah kami, tanam, kemudian gali balik. Saya pun tak berani (nak bongkar). Tulang-tulang tu nak letak mana?" tegas Eddy lagi sambil menambah, beliau difahamkan kawasan itu bakal dimajukan sebagai kawasan peranginan.

Eddy juga mendakwa tidak dimaklumkan terlebih dahulu sebelum kawasan itu diratakan.

Disember lalu, kira-kira 500 Orang Asli Seletar mengadakan bantahan di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar selepas tanah mereka didakwa diserahkan kepada pemaju untuk pelan pembangunan Iskandar.

Belum terima jawapan kerajaan negeri

Sebelum ini, kumpulan masyarakat itu membuat laporan polis kerana berang dengan pemusnahan kubur nenek moyang mereka. Susulan itu, kerja terbabit digantung buat sementara waktu.

Eddy ketika membawa Malaysiakini meninjau ke kawasan itu berkata, orang luar biasanya tidak mengetahui tanda kubur Orang Asli itu kerana ia hanya ditanda dengan tempurung kelapa dan pinggan mangkuk.

"Selepas beberapa tahun, ia sudah dilitupi oleh akar kayu... (Jadi) tandanya orang luar tak tahu.

"Nak bersihkan kena tanya orang tua-tua masyarakat Orang Asli laut terlebih dahulu. Saya tak tahu berapa banyak (kubur) di sini. Mungkin ratusan kubur," katanya.

Tinjauan Malaysiakini di kawasan itu mendapati Orang Asli mula menanda kawasan itu dengan lilitan kain putih di pokok, memacak kayu pacang dan mendirikan beberapa papan tanda berbunyi "Perhatian Kawasan Tanah Perkuburan Orang Asli Seletar" bagi mengelakkan 'pencerobohan' sekali lagi.

Kini kawasan yang asalnya hutan itu kelihatan rata dengan kesan tayar jentolak dan lopak-lopak yang menakung air hujan.

Eddy berkata pihaknya telah mengemukakan masalah itu kepada exco kemajuan luar bandar Johor Asiah Md Ariff sewaktu lawatannya ke perkampungan Orang Asli di Sungai Temon pada 21 Februari lalu.

Eddy berkata, mereka hanya dimaklumkan perkara itu akan dibincangkan dengan kerajaan negeri.

"Kerajaan (mungkin) tak tahu, apa masalahnya. Mungkin terlepas pandang," katanya sambil menambah pihaknya masih belum menerima jawapan dari kerajaan negeri sewaktu ditemui 19 Mac lalu.


Sumber : Malaysiakini

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "'Saya pun takut gali balik kubur ini'"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini