Tiba Masa Untuk 'Kuasai Nusajaya' - Suhaizan
Posted by Unknown on 21 Mei 2012 | 2 komen pembaca
KULAIJAYA – Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) dilihat begitu komited bekerja untuk menawan Nusajaya setelah ucaptama ketuanya diperbahaskan pada majlis Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor kali ke 40 dekat sini dengan berpaksikan ‘Kuasai Nusajaya’ berjaya menarik perhatian para pimpinan Pakatan Rakyat (PR), perwakilan, wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak media,
Bercakap kepada para muktamirin, Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata ada empat agenda utama yang diberi tumpuan oleh sayap kanan PAS Johor itu menjelang Pilihan raya Umum (PRU 13) nanti.
”Suka ingin saya tegaskan, tugas pemuda Johor dalam PRU 1 ialah Pengurusan media baru dan media konvensional bagi tujuan promosi calon, semarakkan aktiviti anak muda bagi tujuan mendekati golongan itu melalui aktiviti kegemaran mereka.
”Disamping itu, penyelidikan bagi tujuan memahami kecenderungan politik masyarakat setempat dan K10 bertujuan menggerakkan kempen dan kawalan pengundi secara sistematik,” katanya lagi di IOI Palm Villa Golf & Country Resort Bandar Putra, Kulai, di sini, semalam.
Hadir sama, YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS, Dr Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor, Hj Ghazely Ayub, Ketua Penerangan PAS Johor, Nazri Ismail, ketua AMK PKR Johor, Johari Osman, Pengarah Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM), Norhayati Bachok, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Wakil NGO Suaram, Rakan Rakyat Tertindas Pengerang, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Persatuan Ulamak Malaysia (PUM), Setinggan Kempas dan anak muda mahasiswa GAMIS.
Sementara itu, Salahuddin Ayub telah diberi penghormatan untuk memeriksa pembarisan lebih 50 anggota Jabatan Amal Johor sebelum menyempurnakan perasmian Muktamar.
Pada majlis yang sama, Salahuddin turut menyampaikan anugerah perlantikan pangkat kepada empat daripada anggota Amal iaitu Mohd Zaki Abd Kadir, Nor Azrin Sakib, Nor Azhar Atan dan Idris Jiat.
Sepanjang sesi perbahasan ucaptama, Pengerusi Tetap, Jamaluddin Hussin telah berjaya mencuit hati para perawakilan kerana menggamatkan suasana disebalik gelagatnya yang ligat melontar kata-kata lucu dan petah berpantun.
Majlis yang berakhir jam 7.00 malam itu nyata memiliki semangat juang sebagai persediaan kepada ahlinya dan pecutan terakhir bagi melangsaikan agenda ke arah membebaskan pentadbiran Nusajaya daripada kebobrokan kuasa UMNO-Barisan Nasional.
Sumber : Ibn_bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
Byk duit buat kat IOI palm Villa, siape sponser??? Jiran sebelah ker? Atau pun gune Derma Jihad Org Kampong, korg dok perhabis jumpe kat tmpt mewah & ekslusif. Oh, luper, IOI tmpt abg nuar!!!! Hahahaha!!!!
Teruskan usaha murni mu Pakatan Rakyat jatuhkan Be End di semua kawasan jatuhkan amno pengkhianat bangsa pemfitnah no wahid perasuah no satu kaki sapu no one