BlogList Malaysia

Selatan Online

Usaha PAR Simpang Renggam Berhasil

Posted by Unknown on 17 Julai 2012 | 0 komen pembaca


SIMPANG RENGGAM – Barangkali Suhaizan Kaiat, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Simpang Renggam antara individu yang paling gembira apabila diberitahu bahawa dua ladang ayam ditutup serta merta kerana gagal menepati syarat yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor terutama dalam penyelenggaraannya.

Penutupan itu dibuat dipercayai mendatangkan masalah kepada penduduk berhampiran kerana terpaksa berhadapan dengan kehadiran ribuan ekor lalat setiap hari.

Bagaimanapun, akhbar sebelum ini melaporkan dua ladang ayam tersebut terpaksa ditutup telah memberi sinar baru kepada penduduk terhadap permasalahan yang membelenggu mereka selama ini.

Isu lalat meletus ekoran pendedahan yang dibuat Suhaizan bersama kira-kira 500 penduduk di Machap telah menandatangani satu memorandum bagi menangani masalah lalat yang membelenggu mereka sejak 10 tahun lalu telah diserahkan kepada Menteri Besar Johor baru-baru ini.

Penduduk mendakwa, masalah ini telah lama disuarakan kepada pihak berkaitan, namun isu ini terus berpanjangan.

Antara kampung yang dikatakan terlibat adalah seperti Kg Sri Jaya; Kg Perak; Kg Bukit Batu; Kg Sima; Kg Ulu Benut; Kg Empangan; Kg Paya Parlembang; Kg GSA; Kg Parit Jepun; Kg Bukit Keremoiyang; Kg Baru; Kg Mat Amin; Kg Hj Noh dan Kg Batu 6.

Sehubungan itu, penduduk berharap isu ini dapat diselesaikan segera kerana ia melibatkan kesihatan dan untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar berlaku.

Dalam pada itu, Suhaizan dilihat begitu komited membantu penduduk menyuarakan isu ini sehingga ke Parlimen nyata membuahkan hasil apabila pihak berkuasa tampil bertindak.

Disamping itu, jaminan Kerajaan Johor dengan menyasarkan negeri itu bebas daripada masalah lalat menjelang penghujung tahun hadapan berjaya menarik nafas lega kepada para penduduk.

Pada 18 Mac lalu, Ibn bacoks melaporkan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bersidang di Kota Iskandar, di beritahu bahawa empat strategi utama dirangka untuk tujuan itu termasuklah meningkatkan keberkesanan pengurusan najis di ladang unggas.

Disamping itu, penguatkuasaan Enakmen Kawalan dan Pertenakan Unggas, selain mengadakan program transformasi sistem perladangan kepada sistem reban tertutup adalah antara usaha ke arah itu.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Usaha PAR Simpang Renggam Berhasil"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini