Judi Internet Berleluasa
Posted by Unknown on 23 November 2012 | 1 komen pembaca
SEGAMAT – Bantahan kegiatan judi internet yang semakin berleluasa di daerah ini oleh Gabungan Pakatan Rakyat Parlimen Sekijang dan DAP DUN Jementah telah dilakukan baru baru ini.
Bantahan yang diketuai oleh Ketua Wanita Keadilan Johor telah menyerah memorandum kepada Timbalan Ketua Pegawai Daerah Segamat dan Wakil Yang DiPertua Majlis Daerah Segamat.
”Memorandum mengenai bantahan wujudnya kegiatan judi internet perlu dihantar kepada pihak yang berkenaan memandangkan kegiatan yang tidak sihat serta haram ini telah berleluasa sehingga wujudnya banyak premis perniagaan telah bertukar kepada premis yang menjalankan judi internet.
”Kos operasi murah, keuntungan lumayan!’ – antara kata-kata yang kedengaran di kalangan mereka yg menjalankan judi ini.
”Berita dan gambar selanjutnya boleh dibaca dari akhbar Oriental Daily dan lain-lain akhbar Bahasa Mandrin.
”Media arus perdana (msm) Bahasa Melayu tak sudi nak memapar suatu realiti hidup yang melanda segolongan masyarakat dalam daerah Segamat ni.
”Takut menjejas sensitiviti sesetengah individu, kot?.” lapor facebook Keadilan Sekijang dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Ibn Bacoks baru-baru ini.
Sumber : Ibn Bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
PDRM serta pihak Majlis Daerah/Pjbt Daerah serta Pejabat Agama Daerah perlulah jalankn tnggungjwb masing2 dgn penuh komitmen. Sanggupkah kita lihat anak2 muda kita buang masa dgn judi internet terutama di kalangan anak2 muda Melayu? Ketua PDRM, YDP Majlis/Pjbt Daerah dan Ketua di Pjbt Agama serta kakitangan boleh dikatakn semuanya beragama Islam. Sanggupkah Tuan/Puan bersubahat dalam perkara ini?