BlogList Malaysia

Selatan Online

Kepincangan Projek Fasa Kedua Bantuan Baik Pulih Rumah Nelayan

Posted by Unknown on 27 Disember 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: Ustaz Azam Razak

ENDAU : Beberapa orang Nelayan yang menerima bantuan baikpulih rumah fasa kedua di bawah Program Tabung Khas Perumahan Nelayan seliaan Majlis Pembangunan Partanian Parlimen Mersing (MP3) telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Mersing, dan membuat aduan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Cawangan Mersing berkaitan dengan kepincangan dan ketidakpuashati mereka mengenai bantuan baikpulih rumah mereka. Dibawah Program Bantuan ini para nelayan menerima bantuan baikpulih rumah mereka dengan peruntukan sebanyak RM10,000 seorang, tetapi malangnya hanya dapat kurang dari RM4000 melalui barangan dan upah tukang.

Antara kepincangan yang berlaku dalam perlaksanaan program bantuan nelayan ini, ialah setiap resit barangan yang dihantar oleh pembekal barang-barang untuk baikpulih rumah-rumah mereka tidak tercatat senarai harga barangan tersebut, yang menyebabkan para nelayan yang menerima bantuan tersebut tidak mengetahui nilai barangan tersebut. Disamping itu ada diantara mereka di minta mencari tukang sendiri dan di minta membayar upah tukang itu terlebih dahulu tanpa jaminan bertulis daripada pihak berkaitan. Yang lebih menimbulkan perasaan tidakpuas hati mereka tentang nilai sebenar bantuan yang mereka terima daripada jumlah RM10,000 yang di peruntukkan oleh pihak kerajaan.

Kebanyakan para nelayan yang tidak berpuashati dengan kepincangan bantuan ini telah mengemukakan aduan mereka kepada saya selaku Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Dun Endau, sehingga kini lebih 3 aduan telah pihak PAR terima, kesemua yang terbabit kami cadangkan kepada mereka agar membuat laporan polis dan aduan kepada pihak Pejabat Perdagangan dan Pengguna. Kami percaya lebih ramai lagi rakan-rakan mereka yang terbabit akan tampil mengadu kepada PAR tentang permasalahan mereka ini.

Hari ini, saya juga sempat meruangkan masa untuk meninjau sendiri rumah-rumah nelayan terbabit melihat permasalahan yang mereka kemukakan. Selanjutnya pihak PAR akan mengambil beberapa tindakan yang perlu berkait dengan isu ini, antaranya kami akan menghantar surat aduan rasmi kepada pihak -pihak dan agensi-agensi yang berkaitan dan bertanggungjawab agar permasalahan mereka diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya. Dengan satu harapan agar semua para nelayan terbabit mendapat pembelaan dan permasalahan mereka ini dapat di selesaikan oleh pihak bertanggungjawab dan pihak kerajaan.

Dengan harapan, kami tidak mahu rakyat bawahan terus menjadi mangsa kezaliman dan penindasan pihak-pihak tidak bertanggungjawab, dalam masa yang sama kontraktor kroni yang kenyang dan menguat keuntungan melampau dari projek bantuan untuk rakyat termiskin yang sepatutnya mendapat pembelaan sewajarnya.enulis merupakan Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Endau


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Kepincangan Projek Fasa Kedua Bantuan Baik Pulih Rumah Nelayan"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini