BlogList Malaysia

Selatan Online

Projek Didakwa Tak Selamat

Posted by Unknown on 11 Disember 2012 | 1 komen pembaca


SIMPANG RENGGAM - Pihak kontraktor yang terlibat secara langsung dalam projek melebarkan jalan di hadapan Penjara Simpang Renggam dan Pasukan Gerakan Am (PGA) digesa supaya menyegerakan kerja-kerja pembinaannya.

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat yang mewakili Pakatan Rakat (PR) bahagian Simpang Renggam membuat gesaan itu dan mendakwa kerja kontraktor itu tidak sempurna dan boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Katanya, penduduk kawasan ini berkali-kali mengutarakan rasa tidak senang dengan projek itu.

“PAS menerima beberapa aduan termasuk dari kakitangan dalam PGA serta penjara supaya mengetengahkan masalah ini.

“Projek yang dilaksanakan sejak lima bulan lalu masih belum siap dan didapati kerja-kerja pembinaan tertangguh.

"Biarpun keadaan ini belum meragut sebarang nyawa namun kerap berlaku kemalangan kecil seperti motosikal terjatuh dan kenderaan tersasar ke tepi.

“Kita boleh lihat pada ketinggian tepi jalan yang hampir dua kaki dari paras permukaan jalan, jika tersasar ke bawah agak bahaya,” katanya ketika mengadakan bantahan yang diadakan, di hadapan jalan Simpang Renggam-Renggam, di sini,
semalam.

Suhaizan turut mempersoalkan kelewatan menyiapkan projek yang hanya membabitkan pelebaran bagi 1.5 kilometer laluan.

Menurutnya sikap berlengah itu menunjukkan kontraktor gagal melaksanakan projek dan membazirkan wang rakyat.

Sementara itu Timbalan Pengerusi DAP bahagian Simpang Renggam, Soo Poh Tian menyifatkan keadaan itu bukti kelemahan pihak pengurusan terbabit tiada perancangan yang baik.

"Jika mengambil masa yang lebih panjang dan juga menggunakan wang yang lebih, itu merupakan satu pembaziran dan sepatutnya kita perlu cegah.

"Saya bagi pihak PR menyeru pihak yang berkenaan mengambil berat isu ini dengan segera,” katanya.

Sumber: Sinar Harian


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


1 komen pembaca for "Projek Didakwa Tak Selamat"

  1. Tanpa Nama says:

    Patut projek jalan tu bg kat suhaizan, ada la modal sket nk berkempen kalo dpt jd calon ye bang

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini