BlogList Malaysia

Selatan Online

Waris Ditahan, Pertahan Kubur Nenek Moyang Digali Tanpa Persetujuan

Posted by Unknown on 27 Disember 2012 | 0 komen pembaca


 Oleh: Kapten Haji Hasnul Bin Ahmad

PENGERANG: Pada tengah hari 26hb Disember 2012, Gabungan NGO Pengerang (GNP) dimaklumkan bahawa seorang penduduk Pengerang, Yahaya Bin Abd Hamid, atau lebih dikenali sebagai Pak Yah, telah ditahan Polis pagi tadi.

beberapa orang ahli GNP turut menghadiri di Balai Polis Sungai Rengit apabila dimaklum mengenai perkara ini. Pada lebih kurang 1 petang, Pak Yah disaksi berada di atas Kereta Polis, dan pegawai Polis memaklumkan kepada pihak kami bahawa dia akan dibawa ke IPD Kota Tinggi untuk siasatan selanjutnya.

Mengikut makluman yang diberi oleh Pegawai siasatan, Pihak Polis telah menerima aduan seorang kontraktor yang bertanggungjawab atas pengagihan perkuburan Islam, bahawa pada 25hb yang lalu, Pak Yah telah dikatakan membuat ugutan terhadapnya, di tanah perkuburan Islam di Kampung Punggai. Berdasarkan tuntutan tersebut, Pihak Polis menahan beliau.

Selepas itu, kami menghubungi En. Mat Bin Daud, atau lebih dikenali sebagai Pak Yusof, dimana beliau telah menemani Pak Yah pada ketika perihal yang di atas berlaku, Pak Yusof berkata ketika itu, Pak Yah memang mengadakan pertilingkahan dengan si pengadu diatas, akan tetapi tiada ugutan yang dibuat oleh Pak Yah.

Ketika itu, Pak Yah dengan lima orang rakan dari GNP sedang membuat pemerhatian terhadap kerja-kerja pengkuburan semula, dan kebetulan mendapati kubur neneknya dialih ke tapak perkuburan baru tanpa pengetahuan beliau, lalu beliau berasa sedih, dan ketika beliau ingin meninggalkan tapak perkuburan, pegawai catatan pengagih perkuburan menambilkan diri untuk bertanya berkenaan perkuburan baru, Pak Yah cuma berbalas "Ini kubur nenek saya,....mengapa kamu membuat demikian?.....bukankah cuma memindah kubur yang tiada waris?"

Menurut apa yang disaksikan oleh mereka, Pak Yusof dan rakan-rakannya telah pergi ke Balai Polis Sungai Rengit pada pukul 4 petang untuk membuat laporan polis .

Namun demikian, Pegawai polis enggan menerima laporan polis daripada mereka dan mencadang supaya hanya seorang dari kumpulan menwakili rakan-rakan yang lain untuk laporan polis. Pak Yusof stuju dengan candangan tersebut dan dalam laporan polis tersebut, beliau telah menyatakan bahawa beliau merupakan saksi dalam pertelingkahan di atas, dan masih jelas isi kandungan pertelingkahan Pak Yah dengan Pengagih Kubur tersebut.

Selepas Pak Yusof membuat laporan polis, kelima-lima orang ahli GNP bertolak ke IPD Kota Tinggi untuk mengetahui perkembangan lanjut. Apabila sampai ke IPD Kota Tinggi pada 5 petang, memerka tidak dapat menjumpai pegawai siasatan dalam kes ini dan terpaksa tunggu sehingga 8.15 malam. Pegawai siasatan mengambil kira-kira 3 jam untuk mencatat testimoni dari setiap penyaksi dalam insiden tersebut.

Kami dimaklumkan oleh pegawai polis bahawa Pak Yah sudah disiasat dibawah Seksyen 506 (ugutan jenayah) Kanun Keseksaan dan baliau akan ditahan sehingga hari esok.

Pada lebih kurang 10 pagi 27hb Disember 2012, Pak Yah telah dijamin oleh Ahli GNP, Yahya Bin Maspie dan telah dibebas.

Gabungan NGO Pengarang amat mengambil perhatian terhadap dua kes penangkapan berkenaan kubur nenek moyang diagih oleh Pihak Polis.

Dalam kes pertama yang berlaku pada 5hb bulan ini, seorang penduduk Kampung Sungai Kapal, En.Hong Lai Hock telah ditahan Polis selama 12 jam kerana disyaki membuat ugutan terhadap Kontraktor DIALOG, akan tetapi pada bulan Fabuari yang lepas En. Hong telah membuat laporan berkenaan Kubur neneknya digali tanpa pengetahuannya, sehingga kini tiada tindakan selanjutnya oleh Polis dalam perihal ini. Insiden semalam merupakan kes kedua. Gabungan NGO kami amat mempertikaikan perbuatan polis yang cuma mengambil tindakan terhadap pihak yang kubur nenek moyangnya yang digali, dan tiada tindakan terhadap pihak yang menggali kubur orang lain.
  
*Penulis merupakan Naib Presiden Gabungan NGO Pengerang.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Waris Ditahan, Pertahan Kubur Nenek Moyang Digali Tanpa Persetujuan"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini