BlogList Malaysia

Selatan Online

Cikgu Mala Santuni Kaum Tionghua Di DUN Pemanis

Posted by Unknown on 15 Februari 2013 | 0 komen pembaca


SEKIJANG -Suasana kemeriahan Tahun Baru Cina masih terasa di mana- mana pada waktu ini . Semangat muhibbah antara pelbagai kaum di Malaysia jelas terserlah dan dapat dilihat sejak minggu lepas menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang begitu bermakna ini. 

Normala Sudirman atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala, Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis, dalam Parlimen Sekijang juga tidak ketinggalan menyantuni Kaum Tionghua di sekitar DUN Pemanis beberapa hari sejak minggu lepas dengan edaran kad Tahun Baru Cina dan pemberian Buah Limau selain mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka . 

Ternyata mereka begitu gembira menerima kunjungan Cikgu Mala dan rakan - rakan sambil mengucapkan terima kasih. Ungkapan "Huan" bermaksud "Ubah", menunjukkan mereka tidak sabar untuk membuat perubahan dalam PRU 13 nanti. 

Bukan sahaja mengunjungi premis perniagaan, rumah kediaman dan restoran tetapi bila kebetulan berjumpa sesiapa yang ingin membeli barang keperluan sebagai persiapan menjelang Tahun Baru Cina pada minggu lepas , disantuni dengan penuh mesra dan tersenyum gembira oleh Cikgu Mala.

Aktiviti Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis juga mendapat kerjasama yang baik daripada rakan Pakatan Rakyat iaitu PKR Cabang Sekijang sejak sekian lama . 

Antara yang sempat bersama menyantuni Kaum Tionghua adalah Mr. Ng Chee Yoong, Naib Ketua PKR Cabang Sekijang yang juga turut meluangkan masa untuk bersama Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis dan rakan sebangsanya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina. Semangat setiakawan sentiasa dipupuk oleh Cikgu Mala dan rakan PKR kerana mereka sering berbincang di bawah Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Sekijang dalam mesyuarat berkala jika ada aktiviti bersama yang hendak dilaksanakan dari masa ke semasa.

Banner Ucapan Selamat Tahun Baru Cina dari Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis juga telah kelihatan menghiasi jalan utama di sekitar Segamat sejak minggu lepas.

Dengan semangat setiakawan dan semangat muhibbah ini, jelas terserlah, usaha dan azam Cikgu Mala selaku Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis untuk sentiasa berusaha memupuk kemesraan yang mendalam di kalangan kaum Tionghua di DUN Pemanis. 

Kegigihan Skuad Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis yang mengiringi Cikgu Mala untuk meyantuni rakyat khususnya Kaum Tionghua di DUN Pemanis,dan menggantung banner ucapan Tahun Baru Cina membuktikan usaha mereka yang tidak berbelah bagi untuk cuba 'melakar sejarah' dan menjadi 'sebahagian daripada sejarah' yang memenangkan PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 seterusnya meletakkan kepimpinan yang bakal menggalas cabaran ini untuk mentadbir Nusajaya dan Putrajaya.

Semoga usaha dan kegigihan Cikgu Mala dan Pusat Aduan Rakyat DUN Pemanis untuk terus menyantuni rakyat dengan pelbagai aktiviti yang dirancang ,tanpa mengira bangsa dan agama akan membuahkan kejayaan .

Apa yang penting adalah berusaha, berdoa dan bertawakal. Selebihnya, hanya Allah swt yang akan menentukan.

Happy New Year !Gong Xi Fa Chai ! Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Cikgu Mala Santuni Kaum Tionghua Di DUN Pemanis"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini