BlogList Malaysia

Selatan Online

DPMM Bina 1,000 Unit Kondominium, Jual Harga Kos

Posted by Unknown on 23 Februari 2013 | 0 komen pembaca


KUALA LUMPUR, 21 Feb—Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini mengumumkan akan membina 1,000 unit kondominium di pesisir Pantai Lidor dan akan dijual pada harga kos bagi membantu golongan berpendapatan sederhana di negeri berkenaan memiliki kediaman sendiri.

Presidennya, Syed Ali Alattas berkata unit kondominium yang bakal dibina akan menghadap Singapura dan akan dijual pada harga sekitar RM350,000 hingga RM400,000 di bawah harga pasaran semasa sedangkan harga hartanah di kawasan tersebut yang kini mencecah sehingga RM1.3 juta.

“Kita ingin membantu rakyat Johor untuk menjadi jutawan,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat DPMM di sini.

“Daripada 1,000 unit tersebut, kuotanya adalah 70 peratus untuk Melayu, 30 peratus bukan Melayu dan juga turut disediakan kuota bagi organisasi sosial dan persatuan,” katanya lagi.

Daripada jumlah itu, setiap 20 peratus adalah bagi tujuan tanggungjawab sosial korporat dan juga organisasi,

Beliau turut menambah 1,000 unit berkenaan adalah sebahagian daripada keseluruhan projek bernilai RM12 bilion di atas kawasan 40 ekar lot tanah di sepanjang perairan Johor menghadap ke Singapura.

“Melayu Johor adalah Melayu miskin ... Mereka semakin miskin apabila lebih banyak pelaburan masuk,” katanya.

“Kehidupan di Johor semakin lama semakin meningkat,” katanya.

Syarat bagi memiliki kondominium tersebut adalah pembeli harus lahir di Johor atau berkhidmat melebihi 10 tahun di negeri berkenaan.

Syed Ali bagaimanapun berkata DPMM masih belum memperolehi tanah berkeluasan 40 ekar tersebut daripada kerajaan Johor walaupun mahkamah telah mengarahkan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman pada 6 Febuari lalu.

Beliau menambah DPMM pasti akan menerima tanah berkenaan dalam tiga bulan lagi, seperti arahan mahkamah kepada kerajaan Johor.

DPMM tambahnya telah mengenalpasti tanah berkenaan, termasuk tiga ekar tanah bekas tapak Kompleks Kuarantin Kastam dan 37 ekar tanah di kawasan laut.



**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "DPMM Bina 1,000 Unit Kondominium, Jual Harga Kos"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini