Media Singapura Jujur Konsert PSY
Posted by Unknown on 12 Februari 2013 | 0 komen pembaca
Oleh: Nusaybah Kaab
Konsert artis K-Pop yang popular dengan lagunya "Oppa Gangnam Style", PSY, yang diadakan di Pulau Pinang pada sambutan Tahun Baru Cina yang lalu telah mengundang pelbagai persepsi dari semua pihak.
Konsert anjuran Mega Ultimate itu membayar RM 2 juta hanya untuk persembahan PSY, menimbulkan tanda tanya dari mana wang sebanyak itu diperolehi. Ada pihak yang mempersoalkan sama ada wang tersebut adalah wang rakyat hasil pembayaran cukai.
Salah satu media Singapura yang membuat liputan semasa konsert tersebut, turut melaporkan sesi soal jawab PM Dato' Seri Najib Tun Razak kepada rakyat Pulau Pinang tentang kesediaan mereka untuk mengundi Barisan Nasional pada musim Pilihanraya ke-13 akan datang.
Respon majoriti rakyat berbangsa Cina di Pulau Pinang itu menunjukkan pandangan terkini mereka terhadap Barisan Nasional, dilihat sebagai satu petanda bahawa Barisan Nasional masih belum mampu memiliki sepenuhnya hati rakyat.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Media Singapura Jujur Konsert PSY"
Leave a reply