BlogList Malaysia

Selatan Online

Najib Rembat Tanah Rakyat Untuk Bina Jambatan ke-3 Johor-Singapura

Posted by Unknown on 16 Februari 2013 | 0 komen pembaca


PASIR GUDANG: Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng mendedahkan, Najib Razak pada 2009 bertemu Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengenai pembinaan jambatan ketiga menghubungkan Johor dengan Singapura.

Menurut Jui Meng, pembinaan jambatan tersebut dimanipulasi Najib sebagai taktik merampas tanah penduduk kampung terlibat termasuk di Pengerang dengan harga murah bertujuan mewujudkan bank tanah.

“Ia kemudiannya akan dijual semula dengan harga murah kepada pemaju kroni untuk dibangunkan kawasan perumahan dan komersil,” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau berkata, taktik tersebut turut sama diguna pada 1992 semasa pembinaan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) apabila 33,000 ekar tanah di Gelang Patah diambil dan diberi kepada UEM.

“Sedangkan, tak payah (ambil tanah sebanyak itu). Sekarang hendak diulang (di Pengerang). Beli dengan harga RM2.80 sekaki. Bila perumahan dibina, harganya melonjak naik sehinga 1,000 peratus. Siapa yang untung? Kroni Umno BN,” katanya.

“Di Pengerang, ramai orang Singapura akan masuk untuk beli kondominium. Ia tak mampu dibeli oleh rakyat Johor khasnya orang Melayu,” jelas Jui Meng ketika ditemui semalam selepas Forum Perdana Isu Tanah Di Negeri Johor di Hotel Li Garden, di sini.

Dalam pada itu, beliau memuji dasar tanah Selangor yang tidak mengusir mana-mana penempatan berusia lebih 15 tahun.

“Ada dasar perumahan kepada orang miskin Selangor. Penduduk takkan dihalau dan boleh memohon geran,” katanya.

Tambah Jui Meng, Selangor juga tidak menjual mana-mana tanah berstatus pertanian.

“Apa yang Selanngor buat ialah ubah syarat. Kerana selepas ubah syarat, harga tanah meningkat. Kalau pemaju beli dengan harga tinggi, wang akan masuk ke akaun negeri. Rakyat yang mendapat untung,” katanya.

Najib ketika mengadakan lawatan ke Singapura Mei 2009, mengumumkan cadangan Malaysia untuk membina sebuah jambatan baru bagi menghubungkan bahagian timur Johor ke republik berkenaan.

Menurut Najib, jambatan tersebut juga akan merancakkan projek Iskandar Malaysia di selatan Johor, dan untuk pembangunan itu, banyak tanah rakyat dirampas.

Sumber : Keadilandaily


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Najib Rembat Tanah Rakyat Untuk Bina Jambatan ke-3 Johor-Singapura"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini