Pemuda Johor Tekad Tawan Simpang Renggam
Posted by Unknown on 15 Februari 2013 | 0 komen pembaca
Selain bertekad merebut kerusi Parlimen, difahamkan Machap antara DUN yang diintai apabila berhasrat mempertaruhkan calon dalam kalangan anak muda di situ.
Kesilapan lalu ujar Ketuanya, Suhaizan Kaiat, banyak memberikan pengalaman kepada PAS, namun kegagalan itu tidak mematahkan semangat untuk parti itu bersaing dan meletakkan harapan tinggi kepada calon bertanding.
Malah kata beliau lagi, kegagalan lalu menjadi pemangkin semangat buat PAS untuk merebut kedua-dua kerusi di sana dan menyifatkan kawasan Simpang Renggam sebagai lokasi klasik.
“Dengan sokongan yang diterima dari pengundi Melayu dan bukan Melayu menguatkan lagi PAS untuk merebut kerusi Parlimen Simpang Renggam dan Machap.
“Persediaan awal telah dilancarkan, kami sudah menjalankan banyak aktiviti mendekati masyarakat khususnya masyarakat kampung.
“Bagaimanapun, kami sedar kegagalan dahulu adalah disebabkan kami terlalu aktif sewaktu PRU dan penglibatan kami sebelum PRU amat kurang.
Tetapi untuk PRU 13 ini kami sudah aktif sejak tahun lepas dan akan teruskan sehingga PRU,” katanya lagi. Katanya lagi, PAS sudah bersedia menghadapi PRU dan persiapan yang dilakukan sejak tahun lalu sudah mencapai sasaran serta akan pastikan PAS menang merampas kerusi yang dipegang oleh BN selama ini.
Malah katanya lagi, kesediaan yang dijalankan PAS banyak dipengaruhi dengan respon sangat baik daripada rakyat melalui aktiviti yang diadakan seperti ceramah dan jelajah ke kawasan untuk bertemu rakyat.
Katanya, jika PAS menang dalam PRU kemungkinan kemenangan yang diperolehi adalah tipis kerana rakyat di kawasan Simpang Renggam masih dikaitkan sebagai penyokong tegar BN.
“PAS akan bertanding di peringkat Parlimen dan DUN Machap manakala DUN Layang-layang diisi dengan calon PKR.
“PRU 13 merupakan kali ketiga saya dicalonkan untuk bertanding. Sebelum ini saya pernah bertanding di Parlimen Parit Sulong (2004) dan Kempas (2008) namun, PRU 13 saya akan bertanding di peringkat Parlimen Simpang Renggam,” katanya lagi.
Beliau berjanji, andai PAS memenangi Simpang Renggam, pusat pendidikan menjadi tumpuan utama kerana melihatkan pembangunan untuk pendidikan kurang di sini.
“Kita akan buka pusat pendidikan agama yang kondusif kerana pada masa ini sekolah-sekolah tahfiz dan pusat pengajian agama audah ada di bina tetapi tidak begitu sistematik,” katanya lagi.
Sumber : Ibn Bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Pemuda Johor Tekad Tawan Simpang Renggam"
Leave a reply