Kebajikan Kepada Rakyat Terus Digerakkan
Posted by Unknown on 19 Mac 2013 | 0 komen pembaca
SIMPANG RENGGAM – Kebajikan kepada rakyat
terus digerakkan oleh parti PAS kawasan Simpang Renggam dengan membawa
seorang warga miskin ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Kluang hari ini.
Aktiviti seperti ini memang sudah berlangsung sekian lama dan bantuan yang diusahakan ialah melalui cara memperjuangkan nasib golongan miskin yang berada di kawasan Parlimen Simpang Renggam.
Rahmah Sujai, 62 berkata, dia terharu dengan layanan serta perjuangan yang dilakukan oleh pihak parti PAS kerana memperjuangkan nasibnya yang sudah menjadi ibu tunggal selama ini akhirnya diberi perhatian.
“Saya terharu dengan perjuangan yang dilakukan oleh ahli PAS yang membawa saya untuk memohon perhatian dari pihak JKM.
“Saya tidak dapat membayangkan golongan yang kecil seperti saya ini diberikan perhatian yang khusus oleh masyarakat seperti yang dilakukan oleh ahli PAS terhadap saya. Saya bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih atas apa yang telah dilakukan pada saya,” Katanya.
Mengulas berkaitan bantuan yang dijalankan itu, Haji Ahmad Maulana Stat ahli PAS Simpang Renggam berkata, pihak JKM perlu mengambil berat tentang permasalahan kemiskinan yang berlaku.
“Bagi saya pihak JKM perlu lebih memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan menolong golongan yang susah atau miskin. Bagi kami tidak kira berapa ramai pun golongan miskin yang memerlukan bantuan walaupun seorang, kami akan tolong sedaya upaya kami.
“Kebanyakan orang miskin tidak mendapat peruntukkan yang sepatutnya mereka dapat. Ini suatu permasalahan yang perlu diselesaikan kerana kemiskinan adalah suatu perkara yang perlu ditangani bukan dengan mengharapkan orang miskin datang ke pejabat JKM,” Maulana.
Aktiviti itu turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS kawasan Simpang Renggam Ustaz Khalid Salekan yang juga nama yang disebut-sebut sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap.
Khalid berkata, sumbangan dari JKM adalah milik warga miskin dan bukan dengan itu sahaja Khalid juga mempertikaikan ke manakah perginya duit Baitulmal dan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Parlimen (MP) di Simpang Renggam ini.
“Saya berasa kecewa dengan keadaan yang berlaku terhadap Rahmah kerana keprihatinan yang sepatutnya dilakukan JKM tidak dijalankan dengan baik.
“Di sini saya ingin menegaskan pihak Baitulmal sepatutnya menjalankan tugasan mereka yakni dengan mencari serta menyampaikan terus sumbangan kepada fakir miskin. ADUN serta MP perlu juga mengambil tindakan yang ekfisen dalam menangani isu kemiskinan ini.
“Di Simpang Renggam kondisi kemiskinan yang dihadapi penduduk agak besar dan kebanyakkan mereka terdiri dari bangsa Melayu. Sepatutnya UMNO di Simpang Renggam ini memfokus khusus tentang masalah ini jika benar UMNO ingin memperjuangkan nasib bangsa Melayu,” Khalid mengulas lanjut.
Pihak JKM sudah berjanji untuk menyelesaikan permasalahan ini dengan segera selepas Rahmah dibawa ke pejabat JKM hari ini.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Kebajikan Kepada Rakyat Terus Digerakkan"
Leave a reply