BlogList Malaysia

Selatan Online

Tandingi 15 Kerusi Parlimen Johor, UMNO Fitnah DAP?

Posted by Unknown on 20 Mac 2013 | 0 komen pembaca


SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) menafikan DAP akan bertanding 15 kerusi  Parlimen di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) seperti didakwa oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim kelmarin.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, tidak pernah timbul DAP akan bertanding 15 kerusi Parlimen seperti yang didakwa Pemuda Umno.

Menurutnya, DAP hanya bertanding lima kerusi Parlimen di Johor seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, Razali sengaja ingin mencetuskan fitnah dan rasa takut di kalangan rakyat di Johor.

"Mana ada 15 kerusi, DAP hanya lima kerusi di sana. Mana dia (Razali) tahu? Itu fitnah, perkara itu tak pernah timbul.

"Mereka sengaja mahu takutkan rakyat," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Kelmarin, Razali dipetik berkata DAP mahu bertanding 15 daripada 26 kerusi Parlimen di Johor pada PRU13 dan ia membuktikan sikap dominasi parti itu ke atas Pas dan PKR dalam pakatan pembangkang.

Razali juga berkata, ia juga menyerlahkan lagi andaian bahawa tiada kesepakatan di kalangan pemimpin pakatan pembangkang dalam menentukan kerusi yang akan mereka tandingi.

Dalam pada itu, Setiausaha Pengelola DAP Anthony Loke mendakwa kenyataan pemimpin kanan Pemuda Umno itu untuk mengelirukan rakyat.

Loke menambah, 15 kerusi yang dimaksudkan Razali adalah termasuk Pas dan PKR.

Katanya, DAP hanya bertanding maksimum tujuh kerusi Parlimen dan oleh itu, isu dominasi tidak timbul.

"Itu hanya untuk mengelirukan rakyat, mereka (Umno) hanya tergugat dengan kita.

"Kita paling maksimum hanya bertanding tujuh kerusi dan 15 kerusi Parlimen itu termasuk Pas dan PKR.

"Beliau (Razali) hanya nak kelirukan rakyat, tak timbul isu dominasi oleh DAP," katanya.

Sumber: Sinar Harian


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Tandingi 15 Kerusi Parlimen Johor, UMNO Fitnah DAP?"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini