Ada Warga Pontian Dakwa Tak Dapat BR1M
Posted by Unknown on 9 April 2013 | 0 komen pembaca
PONTIAN – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang dihubungi oleh sebuah keluarga yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) di Kampung Api-api, dekat sini.
Penyelianya, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood berkata, bukan sahaja BRIM peringkat kedua tidak diterima malah pada peringkat pertama juga pengadu mengalami nasib yang sama.
“Kedua-dua BRIM tidak diterima hingga kini. Dia tahu jiran dan rakan semua telah menerimanya.
“Malahan kehidupan jiran lebih baik. Kenapa mereka dipinggirkan? Ini yang ditanya pengadu.
“Saya difahamkan, dia sendiri yang menghantar borang ke Pejabat Daerah Pontian. Bahkan, masalah ini telah dilaporkan kepada Ketua Kampung dan pihak berkenaan, namun tiada khabar (tindakan susulan diambil),” katanya lagi.
Mengulas lanjut, pihaknya akan mendapatkan jawapan daripada pihak berkenaan sebagai ikhtiar menyelesaikan kemelut ini.
“Diharap pengadu bersabar, Insya Allah,” katanya lagi.
Sumber : Ibn Bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Ada Warga Pontian Dakwa Tak Dapat BR1M"
Leave a reply