BlogList Malaysia

Selatan Online

"Kalau Izzah Hanya Di Sabah, Saya lagi Teruk" - Mazlan Aliman

Posted by Unknown on 3 Jun 2013 | 0 komen pembaca


KULAIJAYA – Mazlan Aliman, Timbala Pesuruhjaya PAS Johor melahirkan rasa kesal terhadap pihak berkuasa di Sabah yang tidak membenarkan Yb Nurul Izzah Anwar memasuki negeri itu.

Katanya lagi, Nurul Izzah bernasib baik kerana hanya Sabah sahaja yang tidak membenarkan kehadirannya tapi bukan negeri yang lain

“Kalau YB Nurul Izzah tidak dibenarkan masuk Sabah; saya lebih teruk lagi….Sabah, Sarawak dan Felda!Oh Tanahairku,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, melihatkan insiden Penceroboh yang meloloskan diri masuk Lahad Datu dengan begitu mudah dan membuat kacau bilau hingga bunuh anggota keselamatan.

Malah, pendatang asing boleh memiliki Kad Pengenalan dan mengundi dalam Pilihanraya di Malaysia.

Bagaimanapun, rakyat tempatan disekat, dihalang dan tidak diizinkan masuk dalam negeri sendiri tanpa sebarang alasan.

“Inilah dia demokrasi yg dilaung-laungkan,” kesalnya lagi.

Menceritakan pengalamannya ketika di tahan di Lapangan Terbang Miri, Sarawak pada 6 Julai 2011, sekitar jam 10.15 pagi oleh pegawai Imigresen lalu memperlihatkan sikap sebenar mereka.

“Saya mengiringi Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dalam lawatan kerja ke beberapa daerah di Sarawak, termasuk Miri.

“Ia arahan Pihak Berkuasa Negeri, tanpa sebarang alasan. Tidak dibenarkan masuk Sarawak sampai hari ini.

“Pada 11 Mac 2012, saya di tahan dan tidak dibenarkan masuk ke Sabah, setibanya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu jam 8.45 malam.

“Pihak Imigresen menyerahkan surat larangan di bawah seksyen 65(1), Akta Imigresen 1959.

“Ketika itu mengetuai rombongan 10 orang delegasi Lajnah Pembangunan Tanah Dan Wilayah PAS Pusat ke Sabah. Larangan kekal sampai hari ini.

“Sampai hari ini arahan dari Ibupejabat Felda Kuala Lumpur, tidak membenarkan saya memasuki Felda2 untuk memberi ceramah. Sesetengah Felda, program Hi-tea pun tidak boleh,” kesalnya lagi.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for ""Kalau Izzah Hanya Di Sabah, Saya lagi Teruk" - Mazlan Aliman"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini