Cuti Jumaat: PAS Johor Junjung Kasih Titah Sultan Johor
Posted by Unknown on 23 November 2013 | 0 komen pembaca
SHAH ALAM: PAS Johor di Muktamar Tahunan PAS Ke-59 hari
ini menyokong penuh dan menjunjung kasih di atas titah Sultan Johor
yang mengembalikan cuti mingguan kepada hari Jumaat dan Sabtu.
Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed mengemukakan usul tergempar tersebut.
Berikut merupakan usul penuh yang dikemukakan beliau:
"PAS Negeri Johor ingin mencadangkan usul tergempar dalam Muktamar PAS Kali Ke-59 pada pagi ini.
"PAS Negeri Johor dengan ini menyampaikan ucapan menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Johor pagi ini di Muar, Johor sempena Hari Keputeraan Baginda Kali Ke-55.
"Baginda Sultan bertitah bahawa cuti mingguan di Negeri Johor dikembalikan semula kepada hari Jumaat mulai Januari, 2014.
"PAS Negeri Johor menyokong sepenuhnya titah Sultan Johor untuk mengembalikan cuti mingguan ke hari jumaat kerana semenjak zaman penjajah sehingga 1994, cuti mingguan adalah pada hari Jumaat namun telah ditukar ke hari Ahad dan Tan Sri Muhyiddin Yasin, sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Johor.
"Sebagai tanda sokongan kita minta semua perwakilan dan pemerhati untuk berdiri," katanya.
Sejurus usul dibacakan, para perwakilan bangun dan melaungkan takbir sebanyak tiga kali sebagai menandakan sokongan dan menjunjung kasih kepada Sultan Johor.
Sumber: Harakahdaily

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Cuti Jumaat: PAS Johor Junjung Kasih Titah Sultan Johor"
Leave a reply