BlogList Malaysia

Selatan Online

PAPISMA Menyokong Cadangan Cuti Jumaat Di Johor

Posted by Unknown on 11 November 2013 | 12 komen pembaca



Sebagai mewakili Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), saya menyatakan sepenuh sokongan dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas usaha dan cadangan mengembalikan cuti hujung minggu daripada hari Ahad ke hari Jumaat di Johor.

Negeri Johor merupakan negeri yang pernah melaksanakan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu sebelum tahun 1994 sebagaimana Negeri-Negeri Tidak Bersekutu yang lain, tetapi ditukar kepada Sabtu dan Ahad pada tahun 1994. Namun setelah 19 tahun dilaksanakan, kerajaan menyedari akan kepincangan sebuah masyarakat Islam yang tidak menjadikan hari Jumaat sebagai hari cuti hujung minggu dari sudut perlaksanaan agama dan sosioekonomi.

Islam sangat mengiktiraf kelebihan hari Jumaat sebagai Penghulu Hari. Dari sudut ganjaran amalan pada hari tersebut adalah sangat besar. Perlaksanaan cuti pada hari tersebut akan membolehkan umat Islam dapat berlumba untuk mengejar ganjaran sebagaimana yang dijanjikan oleh Islam melalui Rasulullah SAW.

Ketegasan kerajaan negeri Kelantan, Trengganu dan Kedah mengekalkan cuti hari Jumaat 19 tahun yang lalu adalah satu langkah yang sangat tepat dan keputusan Kelantan yang akhirnya diikuti seluruh Malaysia iaitu menjadikan cuti separuh hari Sabtu kepada cuti penuh adalah sesuatu yang cemerlang.

Sebagai umat Islam yang diwajibkan melaksanakan solat Jumaat, banyak kesukaran yang terpaksa dilalui kerana mengejar masa yang sangat singkat. Terpaksa berkejar dan bersesak di atas jalanraya untuk pergi dan kembali dari masjid akan menyebabkan tiada kekhusyukan dan ketenangan dalam melakukan amal ibadat. Apatah lagi kami yang bekerja dalam bidang perubatan ini yang terpaksa melakukan pembedahan elektif (pembedahan bukan kecemasan) pada hari tersebut selalu sahaja terlepas untuk menunaikan kefardhuan solat Jumaat atau terpaksa menunaikannya diakhir waktu dengan tergesa-gesa dan tidak tenteram.

Dari sudut sosial pula, cuti pada hari Jumaat membolehkan ibubapa membawa anak-anak mereka untuk bersama-sama ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Ini membolehkan mereka menunaikan kewajiban di bawah pemerhatian ibu-bapa serta mendapatkan maklumat khutbah yang disampaikan. Jiwa mereka boleh dibentuk melalui isi khutbah dan akhirnya gejala sosial dan jenayah yang sangat meruncing pada hari ini dapat dikawal dengan izin Allah.

Cadangan mengembalikan cuti hujung minggu pada hari Jumaat yang dilakukan bersempena Tahun Baru 1435 Hijrah ini sudah tentu akan mencatat sejarah dan selari dengan semangat hijrah itu sendiri agar kita berubah demi kebaikan rakyat, negeri dan negara. Cadangan cuti ini sangat memberikan manfaat kepada lebih 2 juta masyarakat Islam di negeri ini.

PAPISMA menganggap ini sebagai bukti bahawa kepimpinan kerajaan sangat prihatin terhadap kepentingan Islam meskipun belum dapat melaksanakan Hukum Syariat sebagaimana negara jiran, Brunei Darussalam, namun langkah positif ini sangat ditunggu-tunggu oleh masyarakat Islam negeri Johor.

Papisma juga mengambil kesempatan ini bagi merafak sembah terhadap DYMM Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Tunku Mahmud Iskandar, raja dan yang dipertuan negeri Johor yang dengan izin Allah memperkenan cadangan pengembalian cuti Jumaat yang berkat ini.


Awisul Islah bin Ghazali
Presiden
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


12 komen pembaca for "PAPISMA Menyokong Cadangan Cuti Jumaat Di Johor"

  1. Tanpa Nama says:

    Islam in any countries sama aje....wether you dalam hutan pun...if tak ikut Islamic values pun tak guna jugek kan.......masalahnya pekerja-pekerja gomen yang selalu curi tulang pada hari jumaat..masuk office lambat...atau tak efficient in handling their task...Lainlah yang kerja private...they know the limitations and respect company policieis. Goment...mcm company dia sendiri..ikut suka hati time dia nak masuk kerja

  2. Tanpa Nama says:

    haaa, ni satu suka sangat kondem kakitangan kerajaan, apa gomen2 eja la betul2..kau ingat swasta bagus sangat ke?.....agak-agak la nak mengata pon, bukan semua macam tu. Apa- apa pun aku setuju sangat bila jumaat cuti senang aku nak pergi solat jumaat...syukur alhamdulillah

  3. Tanpa Nama says:

    I agree 100% about the Friday leave. Must be a lot of pro and contra but generally it will benefit all the Johorean, economic and social itself if we can see in the wider perspective.
    About the government servant who take for granted while performing solat Jumaat by walk in back late into the office, it is an individual problem and don't put all of them into this mess. If the person of private sector was a government servant, they might also will do the same thing. It is attitude problem.
    Salam Maal Hijrah. Long live the Sultan of Johor

  4. Giller Ahhh says:

    Terbaek!!!!!!!!!!

  5. Tanpa Nama says:

    sokong sangat2....abisla yang kaki ngular ari jumaat...hidup johor..hidup tuanku..

  6. Tanpa Nama says:

    Alhmdulilah yang baik dtg dr Allah yang buruk dtg dr diri sendiri...mudahan ade hikmah disebalik kejadian itu...

  7. Unknown says:

    Seluruh Malaysia lah cuti jumaat lagi baikk !!! Semoga jadi lah. Ada dengar juga yg kafir2 harbi ni bangkitkan isu ttg nanti susah banking laa susah pos la sbb hari tak selaras. Kelantan Terenggagu dan Kedah boleh kenapa Johor tak boleh? kenapa tak seluruh Malaysia sekali? Allhamdulillah dan syukur pada rahmat Allah..thank you Allah.

  8. Tanpa Nama says:

    Allah dah bgtahu Hari Kebesaran Mingguan utk Umat Islam Umat Muhammad adalah hari JUMAAT.. siapa kita nak lawan Allah..

    http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/11/29/15-keutamaan-dan-keistimewaan-hari-jumaat/

  9. Rose Meme says:

    Saya suami isteri bekerja dgn syarikat swasta yang cuti Sabtu (setengah hari) dan Ahad. Anak2 saya tidak bersekolah pada hari Jumaat. Tiada siapa yang dapat menjaga anak2 saya di rumah pada hari Jumaat. Anak2 saya terpaksa ditinggalkan di rumah tanpa jagaan. Taska buka hanya setengah hari pada hari Jumaat. Harap kerajaan Johor dapat mempertimbangkan semula cuti pada hari Jumaat. Saya rasa masalah ini dihadapi oleh ramai keluarga selain saya. Terima kasih.

  10. Rose Meme says:

    Saya suami isteri bekerja dgn syarikat swasta yang cuti Sabtu (setengah hari) dan Ahad. Anak2 saya cuti sekolah pada Jumaat dan Sabtu. Saya sekeluarga dapat melakukan aktiviti seperti sukan dan membeli belah bersama anak2 hanya pada Sabtu petang dan malam. Itupun kalau saya suami isteri tidak penat selepas bekerja setengah hari pada hari Sabtu. Tiada aktiviti pelancongan yang dapat kami lakukan pada hujung minggu. Harap kerajaan Johor dapat mempertimbangkan semula cuti pada hari Jumaat. Saya rasa masalah ini dihadapi oleh banyak keluarga selain saya. Terima kasih.

  11. Tanpa Nama says:

    Kalau kerajaan Johor pilih cuti hari Jumaat supaya ramai boleh sembahyang Jumaat, tidak terfikirkah ramai yang mudah ponteng solat Jumaat kerana aktiviti melancong atau travel atau tidur di rumah?

  12. Tanpa Nama says:

    Saya dapat pandangan daripada peniaga pasar tani pada hari Ahad. Dia memberitahu bahawa perniagaannya yang hanya sekali seminggu iaitu pada hari Ahad terjejas kerana kurang pelanggan disebabkan hari tersebut adalah hari bekerja bagi pekerja-pekerja kerajaan. Saya bersetuju dgn dia. Saya harap kerajaan Johor dapat mempertimbangkan semula cuti pada hari Jumaat. Saya rasa masalah ini dihadapi oleh ramai peniaga selain peniaga tadi. Terima kasih.

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini