BlogList Malaysia

Selatan Online

Pemuda PAS Gelang Patah Bantah Jet Pejuang Singapura Terbang Rendah

Posted by Unknown on 20 November 2013 | 1 komen pembaca



Sejak 2 minggu kebelakangan ini, kerap kali penduduk tempatan sekitar Gelang Patah diganggu bunyi bising oleh pesawat pejuang Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dengan melakukan penerbangan rendah di ruang udara Malaysia. 

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor sebelum ini telah bertindak dengan membuat kenyataan media secara rasmi meminta pihak kerajaan Malaysia bertegas menangani isu ini namun tiada tindakan susulan dijalankan oleh pihak kerajaan untuk menghentikan pengunaan ruang udara Malaysia oleh pesawat pejuang RSAF ini. Malah aktiviti ini semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Bukan itu sahaja, keadaan ini menjadi semakin rungsing apabila terdapat  guru sekolah di sekitar Gelang Patah telah membuat satu laporan polis kerana masalah ini berlaku ketika pelajar-pelajar sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pesawat-pesawat ini dilihat telah terbang rendah dan mengganggu fokus pelajar-pelajar ini menduduki peperiksaan yang sangat penting ini. 

Jika negara luar seperti Korea Selatan mengarahkan segala aktiviti masyarakat ditunda, perjalanan penerbangan dan keretapi ditangguhkan. Semata-mata untuk membolehkan peperiksaan besar dijalankan dengan lancar dan tumpuan pelajar-pelajar tidak terganggu, kerajaan Malaysia juga harus melakukan sesuatu untuk memastikan gangguan yang tidak sepatutnya seperti pesawat luar negara terbang rendah ini berlaku.

Rentetan daripada masalah ini, Dewan Pemuda PAS Gelang Patah telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya pada 9.23 pagi ini. Di dalam laporan polis itu kami berpendapat bahawa Kementerian Pertahanan Malaysia perlu memberikan penjelasan yang kukuh terhadap insiden yang berlaku ini kepada penduduk serta mendesak pihak ketenteraan Singapura agar menghentikan penerbangan pesawat pejuang RSAF di ruang udara Malaysia serta merta. Pihak kerajaan haruslah memandang secara serius berkenaan isu ini.

Selain itu, kami juga ingin mempersoalkan berkenaan penerbangan yang dilakukan oleh pesawat pejuang RSAF ini sama ada ia mengikut prosedur yang ditetapkan ataupun tidak kerana tindakan tentera udara Singapura ini yang melakukan penerbangan rendah telah menganggu ketenteraman penduduk sekitar kawasan Gelang Patah.

Sekiranya bantahan diplomatik tidak diambil endah oleh kerajaan Singapura. Perlu ada tindakan yang lebih tuntas dan tegas dari kerajaan Malaysia. Ini bukan sekadar melibatkan ketenteraman penduduk disekitar Johor terutamanya di Nusajaya sahaja. Isu ini juga melibatkan kedaulatan negara serta masa depan rakyat Malaysia.

Yang Benar,

MOHD TAUFIK RIZAL BIN MOHD SAID
KETUA
DEWAN PEMUDA PAS GELANG PATAH

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


1 komen pembaca for "Pemuda PAS Gelang Patah Bantah Jet Pejuang Singapura Terbang Rendah"

  1. Tanpa Nama says:

    Jet di udara kita na bantah,bagaimana rakyat Spore yg rata2 askar simpanan Spore yg memilikki rumah2 di Johor dan masuk melalui tambak2 Johor dgn jumlah ribuan...?

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini