Pemuda PAS Johor Sambut Baik Cuti Hari Jumaat
Posted by Unknown on 23 November 2013 | 1 komen pembaca
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia, Sultan Johor - Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar yang telah mengembalikan semula cuti mingguan bagi negeri Johor kepada hari Jumaat dan Sabtu bermula 1 Januari 2014 yang telah diumumkan sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-55 di Muar.
Dalam masa yang sama, Pemuda PAS Negeri Johor turut merakamkan ucapan tahniah buat rakyat Johor yang akan menikmati cuti hujung minggu pada hari jumaat. Semoga cuti hari jumaat yang di umumkan oleh kebawah Duli Tuanku Sultan ini akan memberikan keselesaan kepada umat Islam khususnya untuk menunaikan solat jumaat.
Dewan Pemuda juga mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada semua yang telah berusaha dan berjuang untuk mengembalikan semula cuti mingguan negeri Johor pada hari jumaat setelah di tukar oleh Tan Sri Muhyidin Yassin sewaktu menjadi Menteri Besar Johor pada tahun 1994 yang lalu.
Semoga negeri Johor yang kita cintai ini akan terus maju dan diberkati Allah sepanjang masa.
Faizul Salleh
Ketua Dewan Pemuda PAS Johor
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
Aku sokong 100%, semoga Allah merahmati Tuanku..
Mudahnya bersolat selepas ini, bersihkan diri menghadap Ilahi..