BlogList Malaysia

Selatan Online

PM Dan Peguam Negara Tidak Serius Tangani Isu PKFZ?

Posted by Unknown on 11 November 2013 | 1 komen pembaca


Sehingga catatan ini dibuat, masih belum lagi kedengaran kenyataan rasmi daripada Perdana Menteri Malaysia atau mana-mana pemimpin kerajaan (kecuali Menteri Belia dan Sukan sebentar tadi) terhadap keputusan mahkamah membebaskan Mantan Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik yang sebelum ini dituduh menipu Putrajaya berhubung urusan pembelian tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Dr Ling dibebaskan pada 25 Oktober 2013 lalu apabila mahkamah mendapati beliau tidak bersalah atas dakwaan menipu dan sengaja tidak memaklumkan maklumat kepada kerajaan persekutuan dalam kes PKFZ.

Tuduhan ke atas beliau cukup berat iaitu beliau dituduh sengaja tidak mendedahkan dan menipu kabinet bahawa terdapat kadar faedah tambahan sebanyak 7.5% setahun pada harga pembelian tanah untuk projek PKFZ, sedangkan ia telah ditetapkan pada RM1,088,456,000 oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta berasaskan RM25 sekaki persegi, termasuk kadar faedah.

Malang lagi buat rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan kes ini sejak siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang ditubuhkan untuk menyiasat isu PKFZ apabila Peguam Negara (AG) mengambil sikap untuk tidak memfailkan rayuan terhadap pembebasan Dr Ling sehingga tarikh tutup rayuan telah berakhir pada 8 November 2013.

Ia semenangnya keputusan 'malang yang berbau' untuk rakyat Malaysia kerana AG dan Jabatan Peguam Negara (JPN) yang seakan tidak ambil pusing dengan salah urus dalam pentadbiran PKFZ telah menyebabkan kerajaan rugi RM12.5 bilion.

Intelek Malaysia mendesak agar AG perlu menjelaskan kenapa JPN tidak membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah ini. Adakah kerana ianya melibatkan mantan seorang Menteri daripada Parti Pemerintah maka JPN merasakan 'redha' dengan keputusan mahkamah?

Adakah isu PKFZ ini sengaja ingin dikuburkan? Apa yang pasti, ketirisan telah berlaku dalam isu PKFZ dan ketirisan itu dilakukan oleh manusia yang tidak berintegriti dalam menjalankan amanah.

Sikap acuh tak acuh Perdana Menteri dan jamaah Menteri juga akan menebalkan lagi kepercayaan rakyat bahawa Transformasi yang dilaung-laungkan oleh PM adalah retorik semata-mata.

Rakyat sedang menunggu penjelasan Peguam Negara di atas keputusan tidak membuat rayuan dan tindakan lanjut daripada Perdana Menteri berhubung isu kerugian PKFZ ini.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Presiden Intelek Malaysia
www.intelekmalaysia.org.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


1 komen pembaca for "PM Dan Peguam Negara Tidak Serius Tangani Isu PKFZ?"

  1. Tanpa Nama says:

    RAKYAT AMAT KECEWA BUKAN SAJE DENGAN PKFZ,KES ALTANTUYA ,KES KEHILANGAN WANG RAKYAT DAN NEGARA 50 BILLION,KES IC YANG MEMBABITKAN ANAK HINDU PARIA MEMERINTAH 22 TAHUN,KAPAL SELAM RASUAH,DAN BANYAK LAGI YANG SALAH LAKU PERDANA MENTERI SERTA MENTERI MENTERI SERTA BEKAS MENTERI MENTERI TIDAK DIAMBIL TINDAKAN..NEGAR INI DALAM KEADAAN TENAT DALAM KEADILANNYA.PEGAWAI DAN KAKITANGAN KERAJAAN MENJALAI OP RASUAH BESAR BESARAN SAPU KELILING.BAYANGKAN LAH IMIGRESEN BOLEH MENGHILANG KAN KEDATANGAN AL TANTUYA KE MALAYSIA DAN DAN MASIH LAGI MEMBIARKAN NYA. SEPATUT NYA SATU KES YANG INI PUN SUDAH CUKUP KUAT UNTUK SEMUA PARTI PEMBANKANG MELETAKAN JAWATAN SERTA MENGAJAK RAKYAT KELUAR BERAMAI BERAMAI BAGI PROTES KEADILAN INI.

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini