BlogList Malaysia

Selatan Online

Kerajaan Negeri Johor Tidak Prihatin Masalah Pembeli Rumah Terbengkalai Bandar Pulai Jaya

Posted by Unknown on 7 April 2012 | 1 komen pembaca


NUSAJAYA- Akibat tidak tahan dengan sikap pemaju perumahan Bandar Pulai Jaya akibat gagal menyiapkan rumah yang sepatutnya sudah boleh diduduki sejak tahun 2007 lagi, lebih 50 orang pembeli bertindak mengadakan satu demostrasi aman bagi meminta campur tangan yang agresif dari Kerajaan Negeri Johor untuk turun padang menyelesaikan masalah yang mereka hadapi ini.

Menurut wakil pembeli, Saudara Ainol, rata-rata pembeli terpaksa menangung bebanan hutang dari bank akibat pinjaman bagi membeli rumah yang terbengkalai ini. Mereka terpaksa membayar sebanyak RM800 hingga ke RM1200 sebulan untuk melunaskan hutang rumah terbengkalai ini.

"Rata-rata dari kami ini bukanlah mereka yang berpendapatan tinggi. Kami terpaksa membayar bulanan sebanyak RM800 hingga ke RM1200 sebulan. Ada dikalangan kami juga terpaksa membayar sewa kediaman yang kami duduki sekarang ini lagi. Ia amat membebankan kami sebagai pembeli"

"Aduan telah dibuat kepada banyak pihak termasuklah kepada YB Aziz Sapian selaku wakil rakyat DUN Nusajaya tetapi respon yang kami dapat amat menyedihkan. Kami menuntut agar Kerajaan Negeri Johor lebih prihatin dan tidak lepas tangan terhadap masalah kami ini. Kami berharap mereka dapat turun padang bagi menyelesaikan masalah kami ini", ujar Saudara Ainol kepada wartawan.

Sementara itu, Penyelaras Pusat Aduan Rakyat DUN Nusajaya, Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad ketika ditemui berkata bahawa pihak beliau dan juga wakil pembeli bersama ADUN Skudai iaitu YB Dr. Boo Cheng Hau pernah pergi berjumpa dan berbincang dengan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya Dan Kemudahan Awam Negeri Johor, YB Zahri Bin Jamil. Namun respon yang diberikan juga amat mengecewakan pembeli.

"Pada tahun 2010, saya bersama Dr. Boo Cheng Hau dan wakil pembeli berjumpa dengan YB Zahri untuk berbincang berkenaan masalah ini namun respon yang diberikan amat mengecewakan. Mereka mengatakan bahawa rumah terbengkalai Bandar Pulai Jaya ini bukan dibawah kuasa kerajaan negeri"

"Kerajaan negeri sepatutnya lebih prihatin untuk membantu rakyatnya sendiri dan bukannya mengelakkan diri. Urusan ini jelas dibawah bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan negeri boleh campur tangan untuk menyelesaikan masalah pembeli ini", jelas Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Gelang Patah.

Untuk rekod, seramai 314 orang pembeli terpaksa berputih mata kerana rumah yang mereka idamkan untuk diduduki gagal disiapkan oleh Renewed Group Global Sdn. Bhd. selaku pemaju perumahan di Bandar Pulai Jaya.Projek yang bermula sejak 2005 itu sepatutnya siap dan boleh diduduki pada tahun 2007 namun sampai hari ini masih gagal dimiliki penduduk.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


1 komen pembaca for "Kerajaan Negeri Johor Tidak Prihatin Masalah Pembeli Rumah Terbengkalai Bandar Pulai Jaya"

  1. Tanpa Nama says:

    Banyak lagi yg terbengkalai......di tamann desa kempas (berhadapan dgn hospital dan flat tmn cempaka johor bahru)banyak mangsa2 rumah terbrnkalai hampir 600 pembeli teraniaya di sana.....

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini