BlogList Malaysia

Selatan Online

UMNO Johor Mula Cuak

Posted by Unknown on 9 April 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: Ibn_Bacoks

JOHOR BAHRU – Kecuakan pemimpin UMNO negeri ini berhadapan dengan desakan dan tuntutan pembangkang terhadap isu tanah menyebabkan satu larangan kepada tempat untuk berhimpun telah diwartakan.

Akhbar sebelum ini melaporkan pemilik kompleks beli-belah Plaza Angsa, UDA Holdings Berhad (UDA) tidak membenarkan sebarang perhimpunan atau demontrasi diadakan di kawasan tapak atau premis miliknya, sama ada mendapat permit polis atau ibuat secara haram.

Pengerusi UDA, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata keputusan itu bagi melindungi keselamatan pengunjung dan peniaga pusat beli-belah berkenaan.

Difahamkan, Nur Jazlan yang juga ahli Parlimen Pulai dipercayai mengeluarkan kenyataan itu kerana bimbang dengan hasrat Gabungan Selamatkan Tanah Rakyat Johor (TANAH) yang telah merangka satu perhimpunan yang dijadualkan penganjurannya 5 Mei ini di pekarangan pusat membeli belah terkenal Plaza Angsana akan digerakkan secara besar-besaran.

Dalam pada itu, pihak penganjur menyasarkan kehadiran sekitar 30,000 orang akan berkumpul bagi menyuarakan berkaitan masalah tanah dan A Samad
Said, Sasterawan negara yang bertindak sebagai Penasihat Gabungan itu akan turut serta menyelami denyut nadi rakyat Johor.

Malah, BN Johor bakal berdepan risiko susutan sokongan seperti masyarakat Orang Asli Seletar pada pilihan raya umum akan datang jika masalah berkaitan tanah mereka tidak diselesaikan dengan segera.

Sebagai contoh, Komuniti itu, mendesak supaya kerajaan negeri memberikan layanan yang adil kepada mereka termasuk menimbang mewartakan kawasan perkuburan di Kampung Bakar Bata, dalam parlimen Pulai,yang mana Nur Jazlan adalah penyandangnya sebagai tanah rizab mereka.

Bagaimanapun, terserah kepada Nur Jazlan dengan pendirian terbarunya itu sama ada terus kekal dengan keegoaan atau biarkan sahaja rakyat menilai
kedudukannya dalam PRU 13 nanti.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "UMNO Johor Mula Cuak"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini