BlogList Malaysia

Selatan Online

Salahuddin : "Puad Zarkashi Dah Semacam Takut"

Posted by Unknown on 3 April 2012 | 0 komen pembaca


KULAIJAYA, 3 APRIL 2012 – Dr Mohd Puad Zarkashi, Ahli Parlimen Batu Pahat telah menyerlahkan lagi kebimbangan ekoran kenyataannya menganggap YB Salahuddin terdesak untuk bertanding di Johor kerana ditolak rakyat Kelantan.

Sebaliknya, setelah Salahuddin membayangkan akan bertanding di tiga kawasan di Johor termasuklah di Batu Pahat, kenyataan Puad itu disifatkan sebagai menunjukkan ketakutan dalam dirinya.

Hal ini, kerana Salahuddin dilihat mempunyai keazaman yang kuat untuk menumbangkan UMNO-Barisan Nasional (BN) dan enggan berada dalam zon selamat.

”Kalau saya nak duduk dalam zon selamat lebih baik saya terima sahaja pelawaan itu, tetapi saya telah berazam berjuang di Johor.

”Dr Puad ini, dia mempunyai Ph D (Ijazah Kedoktoran) jadi dia tidak sepatutnya membuat kenyataan seperti itu kerana kita mengamalkan prinsip demokrasi.

”Kalah dan menang adalah adat bertanding, jadi mengapa dia perlu takut saya bertanding di Batu Pahat,” ujarnya lagi dalam satu kenyataan.

Sementara itu, beliau mengakui bahawa Pakatan Rakyat (PR) mempunyai kekuatan yang tersendiri iaitu sokongan daripada pengundi muda kerana mereka telah terdedah dengan pelbagai maklumat.

Dalam pada itu, perkembangan yang ada ini membuatkan BN tidak dapat bertahan kerana anak muda kini peka kepada isu-isu semasa dalam negara.


Sumber : Ibn Bacoks

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Salahuddin : "Puad Zarkashi Dah Semacam Takut""

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini