BlogList Malaysia

Selatan Online

TANAH: Ahmad Maslan Pinggirkan Penduduk Kg. Sg. Dungun?

Posted by Unknown on 2 April 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: Ibn_Bacoks

PONTIAN – Datuk Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian dipersoalkan kemampuannya sebagai wakil rakyat di situ didakwa tidak prihatin terhadap permasalahan rakyat di kawasannya.

Terbaru, penduduk Kampung Sungai Dungun, Pontian Besar memohon untuk satu penempatan baru daripada kerajaan UMNO kerana perkampungan mereka sudah tidak selamat didiami akibat hakisan tebing sungai yang semakin kuat.

Malahan, tahap keselamatan mereka tidak terjamin apabila berlaku angin ribut dan air pasang besar.

Hakisan sungai pula semakin kuat ekoran sungai telah banyak dilalui oleh bot-bot besar yang menyebabkan ombak terlalu kuat.

Malangnya, aduan telahpun dibuat kepada beberapa wakil rakyat yang silih berganti namun tiada inisiatif positif yang dilakukan sekalipun penduduk di situ adalah penyokong tegar UMNO-Barisan Nasional (BN).

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang, Prof Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, pihaknya sudahpun mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Bertindak Isu Kg. Sg. Dungun pada 31 Mac lepas dan bersedia mengenengahkan permasalahan mereka ke peringkat atas.

”Malam ini saya akan ke Senggarang untuk serahkan memorandum kepada YB Salahuddin Ayub untuk bawa ke Parlimen esok. Kemudian langkah kedua saya akan mengadap Tuanku Sultan Johor. Manakala ketiga, saya akan bawa isu ini di peringkat Dun Pulai Sebatang dan Parlimen Pontian,” ujarnya ketika ditemui di Markas PAS Cawangan Ayer Baloi, dekat sini, semalam.

Dr Ungku Mohd Noor yang juga mantan Bendahari PAS Johor mempertikaikan kredibiliti Ahmad bilamana sebelum ini secara sinis memperlekeh Salahuddin yang tidak pernah balik ke Pontian dalam isu Kepulangan ahli parlimen Kubang Kerian itu ke Johor.

Sedangkan, katanya lagi, masalah yang dialami penduduk sudah berlarutan sejak berpuluh tahun namun usaha untuk memulihkan keadaan menemui jalan buntu gara-gara pemimpin UMNO didakwa tidak serius membantu orang Melayu di kawasan tersebut.

”Isu Salahuddin pulang ke Johor. Ahmad Maslan secara sinis kata tak pernah balik kawasan Pontian. Dalam masa yang sama, dilihat gagal menangani isu penduduk Kampung Sungai Dungun.

”Penduduk sebelum ini pernah hantar memorandum kepada Menteri Besar. Dalam memo itu ada tandatangan Ahmad Maslan. Tandatangan Ahmad Maslan pun tak laku sebab isu ini tak mampu nak diselesaikan.

”Saya masuk kampung itu, sepanjang jalan bendera dacing. Ada cawangan UMNO lagi. Majoriti orang Melayu yang tinggal ada 60 buah rumah dan 130 pengundi. Kampung itu sah taraf. Ada letrik, telefon dan air.

”Amat malang sekali, UMNO sudah khianat kepada penduduk Melayu yang rata-ratanya penyokong tegar UMNO.

”Saya katakan kepada penduduk, kalau kamu bersedia keluar bersama-sama dengan PAS, kami sanggup ketengahkan isu ini.

”Ahmad Maslan pula, melalak di luar seolah-olah dah selesai kerja-kerja di Parlimen Pontian, sebaliknya, lihat apa yang berlaku.

”Adakah ini kawasan YB Salahuddin? Ini kawasan Ahmad Maslan. Mereka memperkotak katikkan orang Melayu. Oleh kerana ini kawasan Melayu seolah-olah pemimpin UMNO selesa di tempat Melayu,” katanya lagi.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "TANAH: Ahmad Maslan Pinggirkan Penduduk Kg. Sg. Dungun?"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini