Bantah Pembuangan Sampah Haram
Posted by Unknown on 19 Oktober 2012 | 0 komen pembaca
Oleh: Abusiraj Almuner
PERMAS - Penyelia PAR Permas, Tuan syed Othman, Setiausaha PAR Abusiraj Almuner serta rakan-rakan dari Pusat khidmat Masyarakat Pakatan Rakyat, Jimmy Puah, Pusat khidmat PKR Johor Jaya dan Liow Cai Tung, Pusat Khidmat Masyarakat DAP Johor Jaya bersama penduduk mengadakan bantahan dan sidang media di tapak pembuangan sampah haram yang terletak di Kampung Rekoh di simpang antara Kampung Teluk Jawa, semalam.
Kawasan yang dijadikan tapak pembuangan sampah itu dianggarkan seluas 10 ekar dan ia adalah tapak tanah milik pemaju yang akan membangunkan tanah tersebut.
"Saya tidak menyedari ada pembuangan sampah yang dilakukan di kawasan tersebut. Saya menyedarinya apabila sampah yang dibuang itu, dibakar di sebelah malam oleh pihak tertentu sehingga mendatangkan bau yang amat busuk.
"Saya yang tinggal di Taman Megahria dan jarak rumahnya dari tapak pembuangan sampah itu adalah 3 kilometer. Walaubagaimana pun, saya masih dapat menghidu bau busuk sampah tersebut", menurut salah seorang pengadu Lim Feng Ling 37 tahun.
"Lori yang mengangkut sampah akan membuangkan sampah sebanyak 3 kali sehari. Jalan yang dilalui oleh lori-lori sampah itu untuk membuangkan sampah yang diangkut telah diterokai sendiri oleh pihak yang tidak bertanggungjawap ini kerana jalan tersebut adalah jalan mati. Aduan telah dibuat kepada ketua kampung dan wakil rakyat setempat tetapi tiada tindakan yang dilakukan. Wakil rakyat hanya datang meninjau aduan itu sahaja", kata Ang Wee Chong, 28 tahun, salah seorang penduduk yang tinggal berhampiran dengan tapak itu.
" PAR pakatan Rakyat akan menyerahkan aduan tersebut kepada Biro Pengaduan Awam (BPA), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Jabatan Alam sekitar untuk tindakan. Sabit kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, kesalahan boleh didenda sebanyak 500 ribu ringgit dan penjara 5 tahun dan boleh dikompaun 2000 ribu ringgit. Akta ini membenarkan juga pihak berkuasa berkaitan menyaman individu dan syarikat yang melakukan kesalahan", menurut Penyelia PAR PERMAS Tuan Syed Othman pula.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Bantah Pembuangan Sampah Haram"
Leave a reply