BlogList Malaysia

Selatan Online

Kedai Jadi Tempat Pembuangan Sampah

Posted by Unknown on 19 Oktober 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: Abusiraj Almuner

PASIR GUDANG - Isu pembuangan sampah secara haram di Pasir Gudang bukan satu isu baru. Ia kerap dilakukan di kawasan yang terpencil tetapi terjadi juga di kawasan sekitar kediaman yang padat dengan penempatan penduduk.

Malah telah banyak aduan telah diterima oleh PAR PERMAS dari penduduk sekitar tetapi tindakan untuk menyelesaikan masalah itu amat mengecewakan. 

PAR PERMAS petang semalam, menerima aduan dari seorang peniaga, Joseph Pong, 55 tahun yang mengadu di mana di hadapan kedai beliau yang terletak di Jalan Jelatang 36/1 dijadikan tempat pembuangan sampah.

Beliau berasa hairan kenapa kawasan kediaman boleh dijadikan tempat pembuangan sampah sewenangnya dilakukan. Kenapa Majlis Bandaraya Johor baru tidak mengambil tindakan?

Pada mulanya ujur beliau, sampah yang dibuang di tapak itu tidak banyak sehinggalah 2 bulan terakhir sampah itu semakin bertambah dan bau-bau busuk mulai terhidu.

"Aduan masalah sebanyak 2 kali kepada Wakil Rakyat Permas dan Ahli Majlis DUN Rinting megenai masalah ini tetapi hingga kini nampaknya tiada usaha yang dilakukan oleh mereka untuk membantu menyelesaikannya", menurut seorang Pengerusi KRT Taman Rinting yang namanya mahu dirahsiakan.

PAR Permas dan Pusat Khidmat Masyarakat Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan sewajarnya untuk membantu menyelesaikan masalah yang sudah lama ditanggung oleh penduduk serta peniaga di Taman Rinting ini.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Kedai Jadi Tempat Pembuangan Sampah"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini