BlogList Malaysia

Selatan Online

Buih Tidak Dikenal Pasti di Persisiran Sungai Kapal

Posted by Unknown on 15 Oktober 2012 | 0 komen pembaca


PENGERANG - Sebahagian besar persisiran pantai Tanjung Sungai Kapal sehingga ke Tanjung Dato’ dicemari dengan buih yang tidak dikenali.

Penduduk Sungai Kapal, Pengerang, mendapati buih putih yang tidak dapat dikenali ini berpunca dari kawasan penambakan Dialog Group. Sejauh satu kilometer dari pantai dipenuhi dengan buih ini.

Sekitar 10.00 pagi semalam, Bendahari Gabungan NGO Pengerang, Chua Peng San telah membuat pemerhatian di tepi pantai Tokong Soon Chin Kong, Tanjung Sungai Kapal.

“Bahan terapung ini mempunyai keluasan yang agar besar, berwarna kuning, tidak berbau, pada masa sama ketumpatan buih adalah besar, tetapi adalah berlainan dari buih detergen”, kata Chua Peng San.

Beliau turut berkesempatan membuat pensampelan terhadap buih tersebut.

Kejadian aneh berlaku berturut-turut sejak kebelakangan ini, bermula dengan bau gas yang aneh, kematian kucing, anjing dan ikan, dan kini buih yang tidak dikenalpasti terapung di lautan. Ini telah menimbulkan kemarahan dan kebimbangan Penduduk Sungai Kapal.

Gabungan NGO bertanya berkenaan pendapat penduduk melayu di tempat kejadian, beliau menjawab:"Jika pembangunan membawa kesan sebegini, apakah kebaikan yang penduduk dapat?"

Sebahagian besar penduduk telah tidak puas hati kerana setakat ini tidak ada mana-mana pihak yang bertanggungjawab tampil ke hadapan memberi penjelasan berkenaan kejadian yang aneh ini.

Gabungan NGO Pengarang menyeru supaya pihak berkuasa mengemukakan hasil penyiasatan berkenaan pencemaran yang berlaku. Jika pihak berkuasa tidak memberi sebarang balasan, gabungan akan melalui Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa membangkitkan satu usul di bawah Perkara 18, Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, meminta perbahasan tergempar berkenaan kejadian ini.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Buih Tidak Dikenal Pasti di Persisiran Sungai Kapal"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini