Ugutan dan Tohmahan Yang Diterima Tidak Mematahkan Semangat
Posted by Unknown on 17 Oktober 2012 | 0 komen pembaca
Oleh: Abusiraj Almuner
PERMAS - Apabila saudara SeIslam menghadapi Musibah, kesusahan dan kesulitan adalah wajib bagi saudara Islam yang lain membantu menghulurkan apa yang termampu.
Tidak kira dimana maupun ideologinya berbeza, tanggungjawab itu mesti dipikul, itulah ajaran Islam yang sudah diajar oleh Baginda Rasulullah kepada umatnya.
Semalam Penyelia PAR Permas Tuan syed Othman,Setiausaha PAR Abusiraj Almuner dan saudara Mohammad menziarahi Puan Mariam Sarian untuk bertanyakan khabar dan menghulurkan sumbangan dari insan yang perihatin untuk tadika permata Islamiyyah Jalan suria.
Dalam pertemuan semalam, keceriaan terpacar diwajahnya walaupun menghadapi ujian serta rintangan selama ini.Tohmahan dan fitnah yang tidak berasas serta ugutan terhadap dirinya dan seluruh keluarga terdekatnya dan tenaga pengajarnya amat hebat.
Menurut katanya, beliau rela menghadapinya yang lebih utama baginya adalah pendidikan Islam perlu disemaikan dalam kehidupan kanak-kanak warga Sabah agar mereka membesar dengan keberakatan Allah SWT.
Menurut katanya, beliau rela menghadapinya yang lebih utama baginya adalah pendidikan Islam perlu disemaikan dalam kehidupan kanak-kanak warga Sabah agar mereka membesar dengan keberakatan Allah SWT.
Puan Mariam berkata beliau juga menerima ugutan yang dihantar oleh pihak tertentu melalui pesanan sms tetapi itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tadika yang diasas olehnya.
Hatta katanya walaupun nyawa jadi taruhan. Semangat dan kecekalan Puan Mariam itu adalah contoh dan tauladan mujahiddah sebenar yang ingin melihat anak-anak bangsanya berjaya bukan sahaja akedemik tetapi ilmu akhirat agar kejayaan itu kelak mendapat keberakatan oleh Allah SWT .

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Ugutan dan Tohmahan Yang Diterima Tidak Mematahkan Semangat"
Leave a reply