BlogList Malaysia

Selatan Online

Bukti Felda Jual Minyak Sawit Mentah(MSM) Ke Israel

Posted by Unknown on 19 November 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: Ummu Zahra

JOHOR BAHRU - Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Saudara Mazlan Aliman telah membuat pendedahan secara terbuka berkaitan kegiatan penjualan kelapa sawit Felda kepada syarikat yang dimiliki oleh negara Israel, dalam ucapannya di Muktamar Tahunan PAS ke-58 semalam.

“Sebelum ini Datuk Ahmad Maslan nafikan Genting Berhad beli saham FGVH sejumlah RM407.005.000. Ia jelas dipaparkan di skrin Bursa Malaysia.

“Kali ini, saya dedah bukti penjualan MSM kepada BUNGE, Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd, syarikat Israel yang berpangkalan di Singapura. Inilah salah satu invois pembelian sejak tahun 2010 yang lalu.

“Ia berlaku ekoran 70% equiti dalam anak syarikat Felda iaitu, FELDA OIL PRODUCTS SDN BHD dikuasai oleh syarikat asing. Selain Mitsui dan Adeka Corporation, pemilikan saham terbesar oleh IFFCO SDN BHD, syarikat keluarga keturunan India yang berpangkalan di Dubai,” terang beliau menerusi laman sosial Facebook baru sebentar tadi.

“Sejak MITI meluluskan pindaan membenarkan pemilikan asing ditambah kepada 70% pada 16 Jun 2010, syarikat yang berpangkalan di Pasir Gudang ini dikenali dengan nama FELDA IFFCO OIL PRODUCTS SDN BHD(FIOP).

“Detik hitamnya bermula, MSM mula dijual kepada syarikat Israel! Penduduk Islam Palestin dibom, dibunuh, GAZA jadi medan pertumpahan darah paling dahsyat sampai hari ini.

“Pemimpin UMNO berpura-pura tunjuk simpati kepada penduduk Palestin, tetapi waktu yang sama menjual minyak sawitnya kepada Israel!,” tegas beliau lagi bagi mengemukakan bukti kerjasama Felda dan Israel.

Sumber: Facebook Mazlan Aliman


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Bukti Felda Jual Minyak Sawit Mentah(MSM) Ke Israel"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini