Kerjasama Felda Dengan Israel Terbongkar
Posted by Unknown on 19 November 2012 | 0 komen pembaca
Oleh: Ummu Zahra
KOTA BHARU - Berucap di Muktamar Tahunan PAS yang ke 58 di PUTIK pagi semalam, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Saudara Mazlan Aliman telah membongkarkan kegiatan penjualan kelapa sawit Felda kepada syarikat yang dimiliki oleh negara Israel di Pelabuhan Pasir Gudang.
"Saya ada bukti invois penjualan minyak sawit Felda kepada syarikat Israel ini serta bukti keterlibatan saham syarikat judi, Genting Berhad dalam Felda," katanya yang tampil membuat pendedahan bersama bukti dokumen berupa invois jualan kelapa sawit Felda kepada negara yang sedang membunuh rakyat Palestin di Gaza sekarang ini.
Berikutan itu, beliau mengajak seluruh pimpinan, ahli parti dan semua rakyat untuk bersama-sama hadir dan berarak bagi menyerahkan memorandum ke Ibu Pejabat Felda di Kuala Lumpur, 23 November ini.
“Memorundum yang akan diserahkan ini menuntut penjelasan Felda berhubung RM400 juta saham syarikat judi, Genting Berhad dalam Felda dan membantah tindakan Felda menjual minyak sawit kepada syarikat milik yahudi tersebut,” jelas beliau lagi pagi semalam yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Beliau menyeru semua yang akan hadir agar berkumpul di masjid berdekatan dengan Ibu Pejabat Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 23 November ini sebelum beramai-ramai berarak ke Ibu Pejabat Felda.
"ANAK akan menggerakkan jentera dan bergabung dengan NGO-NGO lain untuk penuhkan masjid sekurang-kurangnya 5,000 orang bagi penyerahan memorandum ini," katanya lagi yang mensasarkan 5,000 orang akan turut serta dalam perarakan ini.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Kerjasama Felda Dengan Israel Terbongkar"
Leave a reply