BlogList Malaysia

Selatan Online

PAR Dan NGO Serah Memo Bantah Roboh Bangunan

Posted by Unknown on 21 November 2012 | 0 komen pembaca



 Oleh: Ibn_Bacoks

PONTIAN – Tindakan pihak berkuasa yang ingin merobohkan bangunan milik Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Pontian mendapat bantahan 24 badan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, setelah menerima aduan berhubung isu ini, pihaknya bersama NGO terbabit telah mengadakan perhimpunan aman tanda membantah tindakan tersebut.

Katanya lagi, satu Badan Bertindak Nelayan Kawasan Pontian yang dianggotai 24 NGO ditubuhkan bertujuan merayu agar pihak berkuasa tidak merobohkan premis Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Pontian.

Sementara itu, Pengerusi BBNKP, Mahmud Ahmad berkata, pihaknya telah pun menyerahkan memorandum pembatalan notis merobohkan premis itu kepada Pejabat Tanah Daerah Pontian.

Menurutnya, surat yang meminta PNK mengosongkan bangunan terbabit bertarikh 13 September telah diterima dua minggi lalu.

”Dalam surat itu mereka diberi 14 hari untuk mengosongkan bangunan berkenaan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja merobohkan bangunan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, bangunan tersebut adalah tempat aktiviti kepada hampir 1,600 nelayan di situ dan berpendapat pengambilalihan tapak berkenaan boleh merencatkan ekonomi penduduk setempat yang rata-ratanya adalah nelayan.

”Justeru kami menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh 24 NGO dan persatuan bagi membawa perkara ini ke tengah,” katanya.

Jelasnya, bangunan persatuan itu sudah bertapak lama di situ sejak 1987.

”Saya difahamkan permohonan persatuan untuk mendapatkan tanah di sini sudah dibuat pada 2008, namun ditolak pada 2011,” katanya lagi.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "PAR Dan NGO Serah Memo Bantah Roboh Bangunan"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini