BlogList Malaysia

Selatan Online

Warga Pengerang Dihalau Dari Kawasan Khas Parlimen

Posted by Unknown on 21 November 2012 | 0 komen pembaca


Sekumpulan penduduk Pengerang, Johor dihalau keluar daripada kawasan yang dikhaskan untuk sidang media apabila mereka cuba bercakap kepada petugas media berhubung satu kempen untuk menghalang pemindahan kawasan perkuburan nenek moyang mereka.

Pengawal Parlimen mengheret pemimpin NG Sim Seng San, yang enggan berganjak pada mulanya, dan juga seorang lagi aktivis Yap Lay Yen.

Sambil menarik tangan Sim, pengawal itu memberitahu aktivis berkenaan bahawa kawasan itu dikhaskan untuk ahli parlimen.

Tindakan pengawal itu bagaimanapun cuba dihalang MP Bakri Er Teck Hwa yang berkata pengawal tersebut tidak boleh memegang wanita berkenaan.

Pengawal berkenaan cuba menguatkuasa peraturan baru oleh speaker Dewan Rakyat yang tidak membenarkan individu selain ahli ahli Parlimen daripada mengadakan sidang media di kawasan tersebut.

Sim dan Yap kemudiannya sekali lagi dihalang oleh pengawal apabila bercakap dengan pemberita di luar kawasan sidang media tersebut.

Pengawal tersebut kemudiannya beredar apabila diberitahu bahawa peraturan itu hanya dikuatkuasakan untuk kawasan yang dikhaskan bagi sidang media.

Sumber: Malaysiakini


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Warga Pengerang Dihalau Dari Kawasan Khas Parlimen"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini