BlogList Malaysia

Selatan Online

Pemuda Pulai Siap Untuk Menghadapi PRU13

Posted by Unknown on 2 November 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: Dewan Pemuda PAS Kawasan Pulai

KEMPAS – Satu majlis santai perjumpaan adik beradik Pemuda PAS Kawasan Pulai bersama KAMP telah berjaya diadakan malam tadi. Majlis yang dihadiri bersama oleh ketua-ketua pemuda cawangan & kawasan masing-masing di sekitar Kempas, Kampung Pasir & Taman Perling berlangsung harmoni dengan penuh semangat ukhuwah serta bersiap untuk turun ke medan perjuangan Jihad Fisabilillah.

Program yang bermula pada jam 9.30 malam tadi dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi Dewan Pemuda PAS Kawasan Pulai (DP3) bersama Kumpulan Anak Muda Pulai (KAMP) bertujuan menubuhkan sekreteriat Unit Amal peringkat parlimen Pulai bagi memantau & mendepani setiap program yang dilangsungkan di sini sebagai sebuah unit keselamatan & membantu memelihara keamanan program yang dijalankan.

Selain daripada itu, pelbagai program & aktiviti anak muda juga turut dirancang dalam tempoh masa terdekat ini sebelum berlangsungnya PRU ke-13, sebagai langkah persediaan mental & fizikal mereka untuk melangkah ke medan juang yang sebenar. Program yang bakal diadakan pada bulan Disember itu, diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada kebangkitan anak muda di Pulai yang dahagakan kebenaran & cahaya perjuangan Islam.

Semakin ramai yang mahu bersama dalam perjuangan ini yang sekaligus membuktikan bahawa Islam semakin mekar di Pulai & menampakkan tanda-tanda kemenangan yang semakin jelas. Semoga perjuangan anak-anak muda Pulai ini mendapat kejayaan di dunia & akhirat, InsyaALLAH. Kepada mereka yang berminat untuk bersama Pulai, penyertaan anda sentiasa dialu-alukan. Hubungi kami di talian 012-7781046 @ 013-7349978 untuk sebarang pertanyaan & makluman lanjut.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Pemuda Pulai Siap Untuk Menghadapi PRU13"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini