BlogList Malaysia

Selatan Online

Cubaan Seludup Diesel Gagal

Posted by Unknown on 31 Oktober 2012 | 0 komen pembaca


KULAIJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan diesel bersubsidi bernilai hampir RM200,000 di tiga lokasi berasingan pada 9 dan 24 November lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Ayub Abd Rahman Berkata, bahan api berkenaan dipercayai diseludup bagi kegunaan industri dan sektor perkapalan.

Menurutnya, hasil maklumat awam, pihaknya menahan dua pemandu lori berumur 40-an di sebuah jeti persendirian di Tanjung Belungkor, Kota Tinggi kira-kira jam 8 pagi sedang menunggu untuk memindahkan minyak daripada lori ke bot atau kapal.

“Suspek sedang menunggu kapal untuk berlabuh sebelum memindahkan diesel, bagaimanapun tindakan pantas penguat kuasa kami yang menjalankan serbuan berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan berkenaan.

“Dua lelaki berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut, kita berjaya merampas 60,000 liter diesel daripada dua lori tangki itu membabitkan nilai sebanyak RM158,000,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, dalam serbuan pertama sebuah premis di Taman Pertama, di sini, pada 24 Oktober lalu kira-kira jam 1 petang, pihaknya berjaya merampas sebanyak 10,900 liter yang disimpan di sebuah lori tangki, seorang lelaki berumur 26 tahun disyaki penjaga premis turut ditahan.

“Kita juga berjaya merampas diesel di simpan di dalam lori tangki kira-kira 10,000 liter di sebuah premis di Sengkang pada hari sama, bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan, jumlah bagi kedua-dua rampasan adalah RM38,900,” katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Seksyen 20 (1) Akta Bekalan 1961.

Sumber: Sinar Harian


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Cubaan Seludup Diesel Gagal"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini