UiTM Johor - Arah Kuliah Batal, Siswa Wajib Tonton 'Tanda Putera'
Posted by Unknown on 17 April 2013 | 2 komen pembaca
Pensyarah di Universi Teknologi Mara (UiTM) Johor diarahkan membatalkan kuliah masing-masing bagi memberi laluan kepada tayangan wajib hadir filem kontroversi Tanda Putera untuk mahasiswa.
Dalam memo bertajuk “Program Wajib Hadir untuk Pelajar Sarjana Muda: Program Tayangan Perdana Filem Tanda Putera” kepada pensyarah semalam, dinyatakan bahawa universiti meluluskan pengecualian kuliah ketika acara itu.
Ia dijadual berlangsung hari ini dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.
“...dan diharapkan kerjasama pensyarah untuk sama-sama membantu pihak HEP (Hal Ehwal Pelajar) bagi menjayakan program tersebut,” memo itu dipetik.
Bagaimanapun, pensyarah diminta memberi maklum balas berhubung pelajar yang perlu membuat pembentangan, kuiz dan ujian.
Memo itu didedahkan oleh Ketua DAP Segamat Pang Hok Liong dalam ceramah di Buloh Kasap malam tadi.
Sumber : Malaysiakini
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
MELAYU TETAP AKAN ADA DI GELANG PATAH
Melayu tetap akan ada di Gelang Patah
hidup di ceruk, pinggiran dan rumah rakyat.
Melayu tetap akan ada di Gelang Patah
melihat hartanah-hartanah mewah
yang dia tidak mampu beli-milik
cukup sedar mempunyai impian.
Melayu tetap akan ada di Gelang Patah
mengimbas zaman silam
tatkala tanah dan kampung milik Melayu
kini bertukar wajah menjadi penempatan warga asing.
Melayu tetap akan ada di Gelang Patah
menjana ekonomi dipinggiran
mengais dibumi sendiri.
Melayu tetap akan ada di Gelang Patah
biarpun sudah menjadi minoritas
dikelilingi warga asing
besarnya pengorbanan Melayu.
Melayu tetap akan ada di Gelang Patah
sekadar untuk menabur undi
kepada mereka si pagar makan padi.
Melayu tetap akan ada di Gelang Patah
setinggan di bumi Melayu sendiri
merempat di bumi Melayu sendiri
semuanya kerana termakan janji
politikus yang memperdagangkan Melayu.
Ini sajak Sdr Norman Fernandez . Pernah saya membaca sajak ini sebelum tersiar disini. Terharu membaca sajak ini yang mengambarkan keadaan orang Melayu di Gelang Patah.