PAS Prihatin Nasib Imam Putus Punca Pendapatan
Posted by Unknown on 13 Ogos 2011 | 0 komen pembaca
KAMPUNG LADANG, 11 OGOS: Susulan daripada isu seorang imam digantung jawatannya oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) gara-gara agenda sempit politik kerajaan negeri, Yang Dipertua PAS kawasan Gelang Patah, Tuan Hj. Dzulkefly bin Ahmad, juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat Gelang Patah, telah mengambil inisiatif untuk turun padang memberi sumbangan kepada keluarga ini.
Beliau mengetuai ziarah bersama rombongan dari Dewan Muslimat PAS Kawasan Gelang Patah melahirkan rasa simpati terhadap keluarga ini. Ekoran dari penggantungan tugas tersebut, keluarga ini putus sumber pendapatan.
Hassan bin Md. Said, 40, Imam 1, Masjid Kampung Ladang yang telah berkhidmat selama 14 tahun dan berpengalaman selama 2 tahun sebagai Pegawai Amil Zakat Fitrah Sementara di Masjid Kampung Ladang, Gelang Patah, merasakan dirinya diaibkan setelah tugasnya sebagai Imam Masjid Kampung Ladang digantung.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Imam Hassan bersama tanggungannya, isteri, Norashikin binti Mohd Yasin, 36, dan empat orang anaknya terpaksa berdepan dengan kehilangan sumber pendapatan keluarga dalam menjalani hari-hari Ramadhan dan persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.
Selain elaunnya sebagai Imam masjid telah terputus akibat penggantungan tugas, hak penerimaan elaun sebanyak RM350.00 daripada Persatuan Nelayan Kampung Gelang Patah turut disekat.
Selain dari melahirkan rasa simpati, Tuan Hj. Dzulkefly bin Ahmad turut melahirkan kekesalan di atas ketidakmatangan pihak JAJ dalam menangani dan menilai isu ini.
Atas dasar keprihatinan, pihak PAS Kawasan Gelang Patah telah menghulurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan asasi dan wang tunai untuk urusan kehidupan harian Imam Hassan sekeluarga. Diharapkan sumbangan tersebut dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga imam tersebut.
Sumber: Pusat Aduan Rakyat Nusajaya
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "PAS Prihatin Nasib Imam Putus Punca Pendapatan"
Leave a reply