BlogList Malaysia

Selatan Online

Ramadhan Bukan Bulan Rehat

Posted by Unknown on 17 Ogos 2011 | 0 komen pembaca


Johor Bahru, 15 Ogos : Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, YB Siti Zailah binti Hj. Md. Yusof, dalam ucapannya ketika Majlis Berbuka Puasa Bersama Dewan Muslimat PAS Kawasan Johor Bahru di sini semalam berkata, "Perjuangan ini tidak mengenal erti rehat dan tidak juga bermusim. Ramadhan bukan bulan rehat dari perjuangan, tetapi bulan memperbanyak amalan untuk menjadi orang yang bertaqwa."

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Rantau Panjang turut berkata, untuk mengekalkan kemenangan bukanlah sesuatu yang mudah, malah untuk mencapai kemenangan sekalipun tidak dapat dilakukan dalam sekelip mata. Gerak kerja yang luar dari kebiasaan sangat diperlukan bagi mencapai matlamat akhir dalam perjuangan.

"Hari ini kita berhadapan dengan pemimpin yang melakukan kemungkaran kepada Allah. Negara memerlukan seorang pemimpin yang bertaqwa seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat supaya masalah sosial dan kepincangan pentadbiran dapat dielakkan. Masalah rasuah yang semakin berleluasa di dalam negara dan pengurusan negara yang tidak telus dikhuatiri tidak mampu untuk menjamin kesejahteraan hidup rakyat di dunia dan juga di akhirat," kata YB Siti Zailah binti Hj. Md. Yusof.

Beliau menggalakkan semua ahli PAS agar memperbanyak membaca al-Quran, bersedekah, dan menjaga hubungan dengan Allah sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Majlis Berbuka Puasa Bersama Dewan Muslimat PAS Kawasan Johor Bahru itu turut dihadiri oleh Pn. Zabidah binti Hassan, Bendahari Dewan Muslimat PAS Negeri Johor, En. Rosli bin Kemin, Yang Di Pertua PAS Kawasan Johor Bahru, En. Ariff bin Hasan, Ketua Pemuda PAS Kawasan Johor Bahru, dan Pn. Syeril Nadia binti Rosli, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Johor Bahru..

Oleh:
Nusaybah
Mutiara Iman


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Ramadhan Bukan Bulan Rehat"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini