SPR ubah Kg Baru
Posted by Unknown on 9 Ogos 2011 | 0 komen pembaca
Suruhanjaya Pilihanraya Raya(SPR) telah membetulkan semula nama di dalam sistem semakan pengundinya yang sebelum ini bernama Kg. Baru kepada Noraini Binti Abdullah. Semakan pada pukul 10.30 pagi ini oleh wartawan Nusajayakini menunjukkan pembetulan itu telah dilakukan setelah dipertikai oleh ramai pihak sebelum ini.
Pada awal pagi ini, Suhaizan Kaiat selaku Ketua Pemuda PAS Johor yang juga pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS telah dilaporkan di dalam Malaysiakini bahawa berlaku kepincangan di dalam daftar pemilih SPR apabila sebuah kampung telah didaftarkan sebagai pengundi oleh SPR mengunakan kad pengenalan bernombor 830527115422 dan dia dilahirkan pada 27 Mei 1983.
“Persoalannya bagaimana SPR boleh melakukan kesilapan yang begitu memalukan? Bagaimana kecuaian ini boleh berlaku?
“Apakah (Timbalan Pengerusi SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar masih menganggap isu ini hanya layak di jawab oleh kerani SPR sahaja?” soal Suhaizan dalam satu kenyataan media yang dipetik dari Malaysiakini.
Kepincangan di dalam SPR terus didedahkan apabila banyak berlaku kesalahan di dalam sistem daftar pemilihnya. Pada 2 Ogos yang lepas media melaporkan bahawa seorang penduduk tetap (PR) bernama Mismah yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru. Status penduduk tetapnya telah diubah kepada warganegara setelah 4 jam berita yang melaporkan tentang perkara ini disiarkan.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "SPR ubah Kg Baru"
Leave a reply