BlogList Malaysia

Selatan Online

Generasi Facebook Bakal Menumbangkan BN

Posted by Unknown on 12 Oktober 2011 | 0 komen pembaca


ULU PULAI , 12 Oktober 2011: Ribuan penduduk setempat hadir ke Ceramah Penerangan anjuran PAS Kawasan Gelang Patah semalam. Kehadiran orang ramai ini mengambarkan penduduk mula haus untuk mencari sumber-sumber berita yang sahih yang semakin jarang didapati di media utama negara ketika ini.

Ceramah yang dianjurkan di Markas PAS Ulu Pulai itu dibarisi oleh Timbalan Presiden PAS, Tn. Hj. Mohamad Bin Sabu atau lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu . Turut memeriahkan ceramah ini adalah Tn. Hj. Dzulkefly Bin Ahmad selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Saudara Suhaizan Bin Kaiat selaku Ketua Pemuda PAS Negeri Johor dan Datuk Chua Jui Meng dari PKR.

“ Bajet yang diumumkan baru-baru ini merupakan bajet difisit kerana jumlah perbelanjaan Negara melebihi jumlah pendapatan negara. Sudah 14 tahun bajet defisit diumumkan oleh BN”, jelas Tn. Hj. Dzulkefly Bin Ahmad.

Sementara itu, Saudara Suhaizan Bin Kaiat pula telah mendedahkan seramai 170,000 yang tidak diketahui asal usulnya yang mempunyai kod 71 di kad pengenalan. Kebanyakan mereka didaftarkan sebagai pengundi terutamanya di negeri Pakatan Rakyat memerintah.

Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dalam ucapannya pula menyebut, “Generasi muda yang digelar ‘Generasi Facebook’ ketika ini sudah mula menyokong Pakatan Rakyat. Generasi ini yang akan menumbangkan BN yang zalim ketika ini kerana mereka ini mudah mencari dan mendapat maklumat”.

Beliau turut melancarkan Kempen Protes Barang Naik (BN) peringkat zon selatan semasa ceramah ini. Kempen ini merupakan kempen untuk menyedarkan masyarakat terhadap kenaikan harga barang keperluan semasa.

Sumber: Aduan Nusajaya

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Generasi Facebook Bakal Menumbangkan BN"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini